background

GTSB Team Building 2017

21 OCTOBER - 22 OCTOBER 2017

Sis yakin mesti ramai di antara kita masih lagi tak tahu tentang tempat ni. So mari lah baca entry ni sampai habis. hihihi

Jadi bulan Oktober haritu office sis ada buat Team Building dekat satu tempat yang mendamaikan di Hulu Selangor. Tempat ini dipanggil Refreshing Spring Resort. Apa yang menariknya Resort ini dikelilingi oleh alam semulajadi tengah tengah dusun gais. Jadi kalau datang pada musim buah confirm meriah. Sis geram je tengok pokok durian yang rendah rendah tu 😞 dan disini juga terdapat kolam air panas, fish spa dan sungai. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira kira satu jam setengah ke dua jam macam tu.

Untuk pengetahuan semua, disini terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain team building, ada juga paintball, flying fox, ATV, Wall Climbing, Memancing dan macam macam lagi. Harga pun berpatutan.

Bagi yang ingin menginap, pihak resort juga ada menyediakan tempat bermalam. Anda boleh pilih jenis bilik seperti Studio(2pax), Chalet(8pax), Teres twin(2pax), Kampung Twin(2pax), Kampung Quad(4pax) & Hostel(20pax). Sis duduk Kampung Quad dimana satu bilik ada 4 orang. (nanti boleh tengok video bawah tu kalau nak tengok keluasan bilik)

Facebook : REFRESHING SPRING RESORT
Website : REFRESHING SPRING RESORT

So bawah ni gambar-gambar sepanjang team building kami berlangsung


halah halah team SUPREME ni 😂

cipta logo, visi misi,  slogan & trademark

spoiler detected hahahahaha malu oii semua pandang 😂

muka paling ganas buat hakka 💪











indoor & outdoor games

game paling tak best. hahaha 😂

First day 💚

Last day ❤

Thanks Twinkle for this video

No comments:

Post a Comment