background

EUROPE TRIP (AMSTERDAM PART2)

 

KEUNKENHOF TULIP FESTIVAL
Taman Bunga Tulip yang terbesar didunia. Setiap tahun taman dibuka pada bulan Mac sehingga May iaitu pada musim bunga sahaja ye. Jadi kalau nak kesini kena la check tarikhnya dulu ye. Tapi tulaaa ada sedikit kecewa sebab waktu kami pergi bunga tak beberapa mekar tak dapat nak amek view bunga bunga kelerfull walaupun sis tak minat bunga, tapi yelaa dah alang alang datang mesti nak capture best view dengan munge munge ni.

Ayah

Ibu

Kakak

Adik




COASTER DIAMONDS
Amsterdam juga merupakan pusat industri berlian yang terkemuka di dunia. Walaupun industri berlian telah berkembang di tempat lain didunia, Amterdam maih lagi kukuh sebagai pusat dagangan berlian yang terulung di dunia. Mereka menyediakan free tour guide. terdapat 25 bahasa utama disediakan termasuklah Bahasa Melayu. Jadi tour guide kami haritu orang Melayu dan berbangsa Indonesia. Mereka menunjukkan proses menggilap batu berlian dan juga memberi peluang mengunjung untuk memegang serta bergambar sepuas hati dengan perhiasan tersebut. Jadi para para suami yang membawa para isteri bersiap sedia lah kerana Diamonds are girl's bestfriend gituuueewwww hahahaahahaha


best part tour dalam ni kalian bisa lihat gimana cara nya buat diamond


korang boleh cuba cuba pakai dan bergambar. mana yang tak mampu je lah. yang mampu tu beli je terus 👉👈

muka ada happy Nampak 😏

I AMSTERDAM
Perkataan I AMSTERDAM ni cukup popular dikalangan pelancong. Sebenarnya kini ada beberapa tempat yang dah ada perkataan I AMSTERDAM ni, dekat airport pun ada cuma lokasi yang original ni terletak di hadapan Rijksmuseum. Jadi memang agak payah laa kalian nak bergambar sorang sorang tanpa gangguan confirm akan ada orang buat photobomb sesama. hihihi



Gigih tau nak amek gambar block I AMSTERDAM. last last amek satu satu huruf. Itu pun banyak photobomb 😒


CANAL CRUISE
Kami juga sempat menyusuri terusan di Kota Amsterdam dengan cruise. Sis rasa macam lama atas cruise tu so macam sedikit membosankan tapi nikmat la melayan angin nyaman Amsterdam.

Jenis cruise yang kami naik. ada dua tempat, luar dan dalam. Luar takde bumbung. panas terik tapi shejukk!


view sepanjang naik cruise

So, lepas ke Amsterdam kami ke Paris pula. Jadi jumpa di next post! byee uolls


Sempat grab cap Amsterdam untuk kawan. hihihi


another trademark Negara Belanda. Terompah!

No comments:

Post a Comment