EIFFEL TOWER
Tak sah kalau ke Paris jika tidak singgah ke Eiffel Tower. Walaupun ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk. Bagi sis Eiffel Tower ni ada value dia tersendiri, Bangunan Eiffel Tower lebih cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu lampu neon. Pada waktu malam, mereka akan memainkan pertunjukan lampu setiap satu jam. Bermula pada jam 8 hingga 12pm. sebenarnya sis kecewa sebab waktu malam dapat tengok dari hotel je. samar samar je laa Nampak lampu berkelip-kelip.
ARC DE TRIUMPHE
Arc De Triumphe adalah sebuah tugu di Paris yang terletak di Pusat Place Charles de Gaulle atau digelar "Place de Etoile". Ia berada di hujung barat Champs Elysees. Gerbang kemenangan ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis khususnya sewaktu perang Napolean,
Terdapat laluan pejalan kaki ke Arc De Triumphe dan kena melalui sebuah terowong. Pengunjung boleh mendaki 284 anak tangga untuk menuju ke puncak Arc atau menaiki lift dang berjalan 46 langkah. Dari puncak terdapat pemandangan yang indah Kota Paris. Terdapat dua belas arah jalan utama pada bulatan di mana Arc ini berdiri. Jalan ini sangat sibuk dengan kenderaan. Jadi sila berhati-hati.
GALERIES LA FAYETTER
Tak sah lah kalau ke overseas tak Shopping. So Gelleria Lafayette ni salah satu famaouse shopping complex dekat Paris ni. Seriously mall ni besar sangat. Boleh dikatakan all desingner brands memang ada dalam mall ni. Channel, Louis Vuitton, Burberry, Prada, Gucci, Longchamp dan banyak lagi.
Memang benar orang cakap, Kota Paris ni bukan je dikenal Kota Cinta malah dikenali juga sebagai Kota Fashion plus orang orang Paris ni cantik dah hensem. Hiks!
muka boring Ayah tunggu Ibu shopping 😜
So before balik tu, our driver ada berhenti kat kawasan lapang untuk bergambar. Jadi ini lah moment terakhir dekat Paris sebelum balik ke Malaysia. Thanks Kowamas untuk trip yang best ni. Percutian Negara idaman setiap orang. Terima kasih allah untuk rezeki ini. Walaupun tak cukup korum. Abang tak dapat follow. Insyaallah nanti kita pergi tempat lain pula ye kita lengkap kan family kita ❤
So, lengkap lah percutian tahun 2017 ni. walaupun blog ni siap hujung tahun 2017. Mood nak berblogger selalu terbantut. hahahha. So jumpa lagi untuk percutian 2018. Mana yee? just wait and see. Insyaallah! jumpa lagii byeee 👋
No comments:
Post a Comment