background

EUROPE TRIP (AMSTERDAM)

 
Nama Amsterdam berasal dari dua perkataan iaitu Amstel dan Dam. Amstel adalah nama sungai di bandar ini dan sebuah empangan (Dam) telah didirikan di sungai tersebut. Jadi timbulnya nama Amsterdam. Untuk pengetahuan juga Amsterdam ni negara bebas pelacuran & penggunaan Dadah. Orang luar mengangap Amsterdam ni City of Sin, tapi bagi mereka, mereka menganggap kota mereka sebagai City of Freedom. Walaupun pelacuran dibenarkan tetapi mereka perlu mengikut peraturan di Amsterdam. Contohnya, mereka hanya boleh mencari pelanggan mereka didalam rumah pelacuran sahaja bukan di tepi jalan raya dan hanya warga dari negara European Union sahaja yang dibenarkan menjadi pelacur.

Di Amsterdam, kami diingatkan supaya berhati-hati dengan dua jenis kederaan iaitu Tram & Basikal. Derang ni bawak basikal laju semacam(ada yang takde brek syaitonnnn!) dan mereka la king of the road. Penunggang basikal sini merempit kau tahu tanpa peduli kan pejalan kaki. Majoriti rakyat Amsterdam semua mengguna kan basikal dari bayi sampai la ke tua semua berbasikal. Jadi kes kecurian basikal dekat amsterdam ni benda biasa. Setiap tahun polis di Amsterdam menerima 10,000 laporan kehilangan basikal. Biasa nya basikal yang dicuri dijual di Flea Market. Kalau tak laku mereka humban saja ke sungai.

Basikal dimana-mana. Sebab tu aku suka Amsterdam sebab tak ada pencemaran udara & bunyi

Kebanyakan rumah rumah di Amsterdam ni bersaiz kurus & tinggi. Ini kerana mereka kena bayar cukai pintu mengikut kelebaran pintu rumah mereka. Jadi pintu masuk mereka tersangatlah kecik. Disebab kan pintu dan tangga rumah mereka kecik dan tak muat untuk mengangkut barang barang yang besar maka mereka menggunakan cangkuk dan tali yang ada di setiap rumah untuk membawa naik & masuk barang melalui tingkap. Tingkap mereka lagi lebar dari pintu. Pandai kan mereka?

 So ini contoh cangkuk kat atas tu. kalau tak jelas tgok pada bayang-bayang okay

Ada juga penduduk Amsterdam tinggal dalam houseboat sebab penduduknya ramai. Tetapi ada beberapa syarat yang dikenakan untuk penduduk houseboat ni antaranya mereka tidak boleh mengubah tempat mereka sesuka hati dan mereka perlu membayar cukai mengikut kepanjangan houseboat yang dimiliki.



Paling comel so far 😍

No comments:

Post a Comment