background

GTSB Team Building 2017

21 OCTOBER - 22 OCTOBER 2017

Sis yakin mesti ramai di antara kita masih lagi tak tahu tentang tempat ni. So mari lah baca entry ni sampai habis. hihihi

Jadi bulan Oktober haritu office sis ada buat Team Building dekat satu tempat yang mendamaikan di Hulu Selangor. Tempat ini dipanggil Refreshing Spring Resort. Apa yang menariknya Resort ini dikelilingi oleh alam semulajadi tengah tengah dusun gais. Jadi kalau datang pada musim buah confirm meriah. Sis geram je tengok pokok durian yang rendah rendah tu 😞 dan disini juga terdapat kolam air panas, fish spa dan sungai. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira kira satu jam setengah ke dua jam macam tu.

Untuk pengetahuan semua, disini terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain team building, ada juga paintball, flying fox, ATV, Wall Climbing, Memancing dan macam macam lagi. Harga pun berpatutan.

Bagi yang ingin menginap, pihak resort juga ada menyediakan tempat bermalam. Anda boleh pilih jenis bilik seperti Studio(2pax), Chalet(8pax), Teres twin(2pax), Kampung Twin(2pax), Kampung Quad(4pax) & Hostel(20pax). Sis duduk Kampung Quad dimana satu bilik ada 4 orang. (nanti boleh tengok video bawah tu kalau nak tengok keluasan bilik)

Facebook : REFRESHING SPRING RESORT
Website : REFRESHING SPRING RESORT

So bawah ni gambar-gambar sepanjang team building kami berlangsung


halah halah team SUPREME ni 😂

cipta logo, visi misi,  slogan & trademark

spoiler detected hahahahaha malu oii semua pandang 😂

muka paling ganas buat hakka 💪











indoor & outdoor games

game paling tak best. hahaha 😂

First day 💚

Last day ❤

Thanks Twinkle for this video

Kakyong Kepochi dah kawen (13102017)



14102017

Congratulation Kakmira. Selamat Pengantin Baru (harap still valid lagi sebagai pengantin baru)
Ingat lagi dulu dulu, dari zaman belajar sampai lah sebelum akak nak bertunang. Akak selalu cakap sape laa nak kawen dengan akak ni chubby. Ada ke orang nak dengan akak. Akak dah tua ni chubby, tolong cari kan. HAHAHAHAHA. ayat yang tolong carikan tu selalu sangat meminta.

Kakmira tantikkkk angaatttt !

Alhamdulillah, 13 October 2017 akhirnya akak dapat imam yang menyempurnakan hidup akak. Insyaallah. Moga sentiasa bahagia, Moga dalam redha Allah sentiasa. Orang ada lah rasa sedih sikit. Sebab tak jadi pergi korea dengan akak sebab duit korea tu akak dah buat kenduri kawen. hahahahahaahahahahaha. Okay tak pun. tipu je 😂. Kite sedih sebab akak kita ni dah jadi wife orang. Kiter tak boleh nak travel macam dulu dulu (beriya tau travel, padahal ulang alik pergi JB je) patut le selalu pergi JB rupa rupanya nak jadik orang JB. Orang pun sedih jugak sebab lepas ni nak bercerita dengan akak kena tapis sikit. confirm nak bergosip pun kena berpada pada. hihihihi.

But never mind, kalau akak boring, husband akak dah pergi kerja akak boleh roger kiter kalau nak bergosip. Macam kita buat sekarang ni. Petang petang je kalau akak ada masalah, akak ada geram dengan sesapa akak wasep orang. Orang pun melayan je akak. kadang tu orang pulek yang lelebih. hahaha..

Akak, thankyou sebab jadi kawan orang. Thank you selalu ada untuk orang & geng kepochi. Thank you selalu bagi nasihat dekat kterang. Thank you tegur salah silap kterang, tegur dengan cara tak mengaib kan, akak PM sorang sorang. Tapi kalau tak jalan jugak akak menganjing je dalam group. hahaha.. thank you for everything. I'm Happy for you. and I know you will be a good wife to your husband. Lepas ni doa kan jodoh orang pulek eh? hihihi I Love You sister ❤

Dari kiri : Shaqina , Haziera, Ruzana, Hajar Aishah, Nasihah, Alia.
 Biasa lah dalam ramai ramai kawan mesti ada kawan kau yang jenis pelik, lain dari yang lain. tengok je lah sape yang kaler pelik dalam ni. lain yang orang suruh pakai. lain yang dia pakai. btw, dia single. nak kenal? PM tepi. kakak adjust kan. kelebihan dia boleh bercakap tanpa henti 😂

Complete The Kepochi

Housemate Kolej Profesional Mara Bandar Melaka 💜

EUROPE TRIP (PARIS)

EIFFEL TOWER
Tak sah kalau ke Paris jika tidak singgah ke Eiffel Tower. Walaupun ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk. Bagi sis Eiffel Tower ni ada value dia tersendiri, Bangunan Eiffel Tower lebih cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu lampu neon. Pada waktu malam, mereka akan memainkan pertunjukan lampu setiap satu jam. Bermula pada jam 8 hingga 12pm. sebenarnya sis kecewa sebab waktu malam dapat tengok dari hotel je. samar samar je laa Nampak lampu berkelip-kelip.







ARC DE TRIUMPHE
Arc De Triumphe adalah sebuah tugu di Paris yang terletak di Pusat Place Charles de Gaulle atau digelar "Place de Etoile". Ia berada di hujung barat Champs Elysees. Gerbang kemenangan ini memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis khususnya sewaktu perang Napolean,

Terdapat laluan pejalan kaki ke Arc De Triumphe dan kena melalui sebuah terowong. Pengunjung boleh mendaki 284 anak tangga untuk menuju ke puncak Arc atau menaiki lift dang berjalan 46 langkah. Dari puncak terdapat pemandangan yang indah Kota Paris. Terdapat dua belas arah jalan utama pada bulatan di mana Arc ini berdiri. Jalan ini sangat sibuk dengan kenderaan. Jadi sila berhati-hati.


GALERIES LA FAYETTER
Tak sah lah kalau ke overseas tak Shopping. So Gelleria Lafayette ni salah satu famaouse shopping complex dekat Paris ni. Seriously mall ni besar sangat. Boleh dikatakan all desingner brands memang ada dalam mall ni. Channel, Louis Vuitton, Burberry, Prada, Gucci, Longchamp dan banyak lagi.
Memang benar orang cakap, Kota Paris ni bukan je dikenal Kota Cinta malah dikenali juga sebagai  Kota Fashion plus orang orang Paris ni cantik dah hensem. Hiks!





muka boring Ayah tunggu Ibu shopping 😜

So before balik tu, our driver ada berhenti kat kawasan lapang untuk bergambar. Jadi ini lah moment terakhir dekat Paris sebelum balik ke Malaysia. Thanks Kowamas untuk trip yang best ni. Percutian Negara idaman setiap orang. Terima kasih allah untuk rezeki ini. Walaupun tak cukup korum. Abang tak dapat follow. Insyaallah nanti kita pergi tempat lain pula ye kita lengkap kan family kita ❤


So, lengkap lah percutian tahun 2017 ni. walaupun blog ni siap hujung tahun 2017. Mood nak berblogger selalu terbantut. hahahha. So jumpa lagi untuk percutian 2018. Mana yee? just wait and see. Insyaallah! jumpa lagii byeee 👋





EUROPE TRIP (AMSTERDAM)

 
Nama Amsterdam berasal dari dua perkataan iaitu Amstel dan Dam. Amstel adalah nama sungai di bandar ini dan sebuah empangan (Dam) telah didirikan di sungai tersebut. Jadi timbulnya nama Amsterdam. Untuk pengetahuan juga Amsterdam ni negara bebas pelacuran & penggunaan Dadah. Orang luar mengangap Amsterdam ni City of Sin, tapi bagi mereka, mereka menganggap kota mereka sebagai City of Freedom. Walaupun pelacuran dibenarkan tetapi mereka perlu mengikut peraturan di Amsterdam. Contohnya, mereka hanya boleh mencari pelanggan mereka didalam rumah pelacuran sahaja bukan di tepi jalan raya dan hanya warga dari negara European Union sahaja yang dibenarkan menjadi pelacur.

Di Amsterdam, kami diingatkan supaya berhati-hati dengan dua jenis kederaan iaitu Tram & Basikal. Derang ni bawak basikal laju semacam(ada yang takde brek syaitonnnn!) dan mereka la king of the road. Penunggang basikal sini merempit kau tahu tanpa peduli kan pejalan kaki. Majoriti rakyat Amsterdam semua mengguna kan basikal dari bayi sampai la ke tua semua berbasikal. Jadi kes kecurian basikal dekat amsterdam ni benda biasa. Setiap tahun polis di Amsterdam menerima 10,000 laporan kehilangan basikal. Biasa nya basikal yang dicuri dijual di Flea Market. Kalau tak laku mereka humban saja ke sungai.

Basikal dimana-mana. Sebab tu aku suka Amsterdam sebab tak ada pencemaran udara & bunyi

Kebanyakan rumah rumah di Amsterdam ni bersaiz kurus & tinggi. Ini kerana mereka kena bayar cukai pintu mengikut kelebaran pintu rumah mereka. Jadi pintu masuk mereka tersangatlah kecik. Disebab kan pintu dan tangga rumah mereka kecik dan tak muat untuk mengangkut barang barang yang besar maka mereka menggunakan cangkuk dan tali yang ada di setiap rumah untuk membawa naik & masuk barang melalui tingkap. Tingkap mereka lagi lebar dari pintu. Pandai kan mereka?

 So ini contoh cangkuk kat atas tu. kalau tak jelas tgok pada bayang-bayang okay

Ada juga penduduk Amsterdam tinggal dalam houseboat sebab penduduknya ramai. Tetapi ada beberapa syarat yang dikenakan untuk penduduk houseboat ni antaranya mereka tidak boleh mengubah tempat mereka sesuka hati dan mereka perlu membayar cukai mengikut kepanjangan houseboat yang dimiliki.



Paling comel so far 😍

EUROPE TRIP (AMSTERDAM PART2)

 

KEUNKENHOF TULIP FESTIVAL
Taman Bunga Tulip yang terbesar didunia. Setiap tahun taman dibuka pada bulan Mac sehingga May iaitu pada musim bunga sahaja ye. Jadi kalau nak kesini kena la check tarikhnya dulu ye. Tapi tulaaa ada sedikit kecewa sebab waktu kami pergi bunga tak beberapa mekar tak dapat nak amek view bunga bunga kelerfull walaupun sis tak minat bunga, tapi yelaa dah alang alang datang mesti nak capture best view dengan munge munge ni.

Ayah

Ibu

Kakak

Adik




COASTER DIAMONDS
Amsterdam juga merupakan pusat industri berlian yang terkemuka di dunia. Walaupun industri berlian telah berkembang di tempat lain didunia, Amterdam maih lagi kukuh sebagai pusat dagangan berlian yang terulung di dunia. Mereka menyediakan free tour guide. terdapat 25 bahasa utama disediakan termasuklah Bahasa Melayu. Jadi tour guide kami haritu orang Melayu dan berbangsa Indonesia. Mereka menunjukkan proses menggilap batu berlian dan juga memberi peluang mengunjung untuk memegang serta bergambar sepuas hati dengan perhiasan tersebut. Jadi para para suami yang membawa para isteri bersiap sedia lah kerana Diamonds are girl's bestfriend gituuueewwww hahahaahahaha


best part tour dalam ni kalian bisa lihat gimana cara nya buat diamond


korang boleh cuba cuba pakai dan bergambar. mana yang tak mampu je lah. yang mampu tu beli je terus 👉👈

muka ada happy Nampak 😏

I AMSTERDAM
Perkataan I AMSTERDAM ni cukup popular dikalangan pelancong. Sebenarnya kini ada beberapa tempat yang dah ada perkataan I AMSTERDAM ni, dekat airport pun ada cuma lokasi yang original ni terletak di hadapan Rijksmuseum. Jadi memang agak payah laa kalian nak bergambar sorang sorang tanpa gangguan confirm akan ada orang buat photobomb sesama. hihihi



Gigih tau nak amek gambar block I AMSTERDAM. last last amek satu satu huruf. Itu pun banyak photobomb 😒


CANAL CRUISE
Kami juga sempat menyusuri terusan di Kota Amsterdam dengan cruise. Sis rasa macam lama atas cruise tu so macam sedikit membosankan tapi nikmat la melayan angin nyaman Amsterdam.

Jenis cruise yang kami naik. ada dua tempat, luar dan dalam. Luar takde bumbung. panas terik tapi shejukk!


view sepanjang naik cruise

So, lepas ke Amsterdam kami ke Paris pula. Jadi jumpa di next post! byee uolls


Sempat grab cap Amsterdam untuk kawan. hihihi


another trademark Negara Belanda. Terompah!