Phewww! lama jugak tak updated blog ni. Berhabuks terukss! hihi
Okay gais, entry kali ni nak citer tentang percutian kakak ke Penang 3hari 3malam. Nak katakan percutian bajet tu, takde lah bajet mana. Nak kata mahal pun takde la mahal mana. Boleh le kumpul duit lebihan gaji dua kali 😂 Percutian kali ini disertai oleh cousin cousin rapat(means rapat, membesar sama sama depan mata) Sebelum ni ada je buat program sama sama tapi selalu nya outing di sekitar Kuala Lumpur. Jadi kali ni kita buat percutian ke Penang. Tapi risau jugak kalau tak jadi. nak plan nya makan masa berbulan bulan! Alhamdulillah we made it gaisss 👏
Disebabkan kami bertolak jumaat malam, Sabtu pagi singgah masjid negeri untuk bersihkan diri. Alhamdulillah selesa
Syahmi & wife
The Dara's
The Bujang's
PENGINAPAN
Kami tinggal di Condo Mewah Arte S. Overall kakak kasi 4/5 ★ Price range is very affordable. The design of the apartment and the cleaners of the place very comfortable. I really like the view from balcony. Seriously the apartment was great! Spacious with really nice interior.
Gambar google je la mampu. Orang penang panggil condo ni condo Dajal sebab reka bentuk dia. Hiks!
Sebenarnya time kami stay situ, swimming pool dia under maintenance! (damn) So kami pun beramai ramai le menyempit dekat pool kecik yang sejuk nak mampus (sebab tingkat atas) tapiii nasib baik view lawa teruks!
So sempat la buat house tour giteewww. Asal boleh. haha
MAKANAN
Rasanya semua orang tahu kot, Pulau Pinang ni antara kategori syurga makanan, kaya dengan rempah ratus dalam setiap masakan. So siapa yang memang ada perancangan ke Penang ni get ready okay. Sebelum ke Penang kami memang dah study kedai makan mana yang best. So dah ready nak telan air liur sama sama? Ajummmmm!!
1) Roti Bakar Goyang / Roti Canai Transfer Road
Tidak sukar pun untuk anda mencari kedai ini. Kalau dah sampai jalan transfer, anda hanya perlu bertanya orang sekeliling. Pasti semua orang tahu tempat yang dimaksudkan, ianya terletak di kawasan bandar dan tidak jauh dari Chowrasta. Tapi kalau tak tanya orang pun takpe. Sebab kedai dia tepi jalan sahaja. Jadi korang boleh nampak kalau ada orang beratur panjang untuk beli roti canai.
kedai ni memang ramai orang. Tapi tak perlu risau kalau kena tunggu lama. Mereka ada menyedia kan kerusi meja lagi diseberang jalan. So korang boleh duduk seberang jalan, luas!
Jadi, apa yang patut anda cuba disini? tentunya roti canai ayam banjir. Ada juga daging kambing. Tapi ayam tetap yang di hati. Bagi kakak, kuah yang digunakan agak berlainan dari gerai roti canai yang biasa. For me 3/5★ sebab kakak jumpa kedai roti canai yang lagi sedap. HAHA
Untuk makluman semua, roti canai & roti bakar ni owner dia lain lain ye. Tapi jangan risau ianya tidak lah menyusahkan proses pesanan anda. Hanya panggil dan buat pesanan. Mereka yang akan uruskan.
2) Nasi Tujuh Benua Koo Boo Cafe
Kenapa dipanggil nasi 7 benua? Sebab nya ia adalah kombinasi daripada Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Putih, Nasi Kacang dan Nasi Lamuni. Harga setiap makanan bergantung kepada lauk yang anda pilih. Kedai ini menyediakan pelbagai aneka lauk seperti gerai nasi campur yang lain. Jadi selera terpulang pada masing masing ye. Kakak paling suka ayam masak kicap dia wallahhh!
Nasi Tujuh Benua + Ayam masak kicap
3) Ikan bakar Teluk Tempoyak
Sebabkan kita dah ada dekat Pulau, why not kita makan seafood kan. Sebenarnya kami plan nak makan kedai ikan bakar Adnan bin Hassan. Tapi tersilap order kedai tomyam sebelah dia. Alhamdulillah tetap sedap. hehehe! seafood dia semua manis manis dan segar. Sotong goreng tepung pun just nice. Tapi kalau korang nak pergi kedai ikan bakar adnan hassan tu sila lah. Feedback bagus, Recommended! Nanti kalau kami repeat ke Penang kami pergi kedai ikan bakar tu pulek.
4) Roti Bakar Hutton Lane
Hari kedua kami breakfast disini. Apa yang sedap? SEMUA! hahahaha Roti Canai Cheese dia memang terbaik koranggg. Yeeee ini satu dosa besar bagi yang on diet. Alhamdulillah sepanjang kakak kat sana, kakak Off diet 😂 Instead of transfer road, i choose this one ✌
Masa kami pergi hari hujan, So agak struggle jugak nak cari tempat duduk sebab kedai dia open air giteeww. Tapi takpe sebab makanan kami tak kesah sanggup berhujan panas! hahahah (excuse la budak mulut penuh tu)
Pakcik janggut putih tu owner kedai
5) Nasi Kandar Deen Maju
Ini yang paling kita tungguuuuuu gaiss! Nasi Kandar marreeyyy! Untuk pengetahuan kalau nak makan kedai ni sila tabah kan hati masing masing untuk menuggu giliran & beratur panjang dia bawah sinaran matahari yang memancar(sila bawak payung) Tapi lepas korang dapat makan, semua penat lelah tu akan hilang begitu sahaja. berbaloi oii! Apa yang korang perlukan bila dah sampai sini, korang kena sabar je. hahahah! tapi service dia pun cepat sebenarnya. kawasan kedai pun luas. Even beratur panjang, tempat duduk senang dapat. So jangan risau okay. Parking dekat sini terhad ye, korang kena pandai pandai cari parking. Sebab kedai dia tepi jalan raya. Majlis perbandaran rajin ronda dan ushar kereta kereta yang parking tepi jalan.
6) Mee Sotong Hameed Pata
Selain nasi kandar, Mee Sotong Hameed Pata juga sinonim dengan Penang, Lokasi nya terletak di Medan selera Padang Kota. Jangan terkejut,kedai ni pun kena beratur wey. Bagi kakak sambal sotong dia sedap. Mee dia biasa biasa sajeee. Kuah sambal sotong tu yang menaikkan mee goreng mereka. Jangan lupa order air coconut shake sama. Dappp oiii!
7) Bee Hwa Cafe
Apa yang menarik disini? Char Keow Teow & Mee Kari dia. Kata nya Mee Udang sini pun popular, tapi kami tak order pun. Mee kari warna putih, tapi nanti korang kacau lah dengan sambal yang dia bagi. Kedai ni Halal ye. Jangan risau!
Budak budak pun suka
Aku rasa percutian kali ni lebih kepada makan makan 😂 takpe la bukan selalu nak ke penang kan. Okay la rasa sampai sini je dulu. Nanti next post kita citer kita pergi mana pulak ye. Nak lepak jap. perut kita bunyi sebab tengok gambar gambar makanan ni. hahaha! Jumpa next post. Selamat berbukaa koranggg!
No comments:
Post a Comment