Bertolak dari Kuala Lumpur jam 7.50am, Air Asia.
Trip kali ni pergi dengan agent Tabung Haji. Alhamdulillah everything went well. First time travel luar Malaysia tanpa ibu. hihihi
Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Nak makan atas flight pun tak sempat. Tahu tahu dah nak touch down. Sampai je Bukit Tinggi, kami disambut oleh Tour Guide kami namanya Masjoko. Dia memang orang Minang. Kalau nak tahu Minangkabau kek Nogori Sembilan nun asal nya dari sini le.
AIR TERJUN LEMBAH ANAI
Air Terjun ni betul betul terletak tepi jalan raya, Katanya Pak Masjoko kalau hujan lebat jalan ini akan ditutup sebab merbahaya. Kalau nak tahu, Air terjun ni juga dikenali sebagai air terjun awet muda. So kalau siapa siapa yang membasuh muka dengan air tu, orang tu akan awet muda. wahh gittuew! Kawasan lembah anai ini juga telah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan.
Walaupun air terjun ni tepi jalan raya, udara tetap nyaman dekat sini.
RUMAH GADANG
Rumah yang bercorakkan Tradisional Minangkabau. Kami disambut petugas Rumah Gadang yang menerangkan tentang adat pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau. Ramai orang beranggapan adat pepatih mementingkan kaum perempuan kerana harta pusaka diberikan pada mereka.
Dekat luar rumah gadang ada mini taman, So korang boleh la bergambar sokmo.
JAM GADANG
Tapak jam gadang adalah sebesar 13x4 meter setinggi 5 tingkat. Tingkat paling atas adalah tempat menyimpan bandul(pendulum). Bandul tersebut telah patah akibat gempa pada 2007 dan telah pun digantikan yang baru. Jam Gadang ini dihadiahkan oleh Ratu Belanda pada Rook Maker, iaitu Secretary atau Controller Fort de Clock. Jam Gadang dibina tanpa besi dan simen. Mereka hanya mengunakan campuran kapur, pasir putih dan putih telur. Whutt? Putih telur? wallahualam. Keunikan lain jam gadang ni ialah kesalahan penulisan angka Romawi empat yang sepatutnya simbol IV tetapi di jam gadang tertulis IIII. Di depan Jam Gadang ada ramai penjaja dan photographer yang akan offer pelancong untuk bergambar di Jam Gadang bagi yang berminat.
SUNGAI LANDIA
Sebelum sampai ke tasik meninjau, kami singgah ke Panorama Sungai Landia. Layan Teh Halia (sis tak minum) sambil tengok view yang sangat cantik. Selain itu ada juga kedai menjual cenderahati. Tak sempat nak shopping. Masing-masing sibuk bergambar je. Eheh!
Pekena Teh Halia dengan view yang cantik. Haihh!
TASIK MENINJAU
Selepas ke Sungai Landia, kami meneruskan perjalan ke Tasik Meninjau. Laluan ke tasik meninjau ni agak mencabar. Salute dengan driver bas kami, Pak Am. Jalan di setiap kelok sangat sempit. Jika berselisih, keutamaan diberi kepada kederaan yang datang dari bawah. Kenderaan lain juga akan membunyikan hon masing-masing untuk memaklumkan kedatangan mereka kepada kenderaan dari arah bertentangan.
Danau Meninjau merupakan sebuah tasik yang berasal dari kawah gunung berapi. Kesan kawah gunung berapi sangat jelas kelihatan di beberapa tebing tasik.
fefeeling dekat Switzerland berlatar belakangkan tasik and gunung ganang yang dilitupi dengan kabus gittuew!
kalau nak sampai bawah kita kena lalu 44 kelok(corner) disebabkan kami menaiki bas yang besar dan jalan yang sempit jadi kita tak sampai lah kebawah sana
PASAR ATAS
Terletak di kawasan Jam Gadang, Sini adalah lokasi membeli belah yang sangat murah. Sebenarnya bangunan ni dah terbakar jadi sedang dalam keadaan baik pulih. jadi kedai kedai dia semua buka kat bawah. agak sibuk sikit sebab dengan renovation nya lagi. Tapi jangan risau barang barang kat sini sangat murah. kalian bisa bermain harga tawar menawar. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual seperti telekung, kain sulaman, tudung, baju, beg dan pelbagai lagi. Jadi jangan lepas kan peluang untuk membeli belah disini.
SULAMAN & BONDIRAN H. ROSMA
Ini adalah pusat latihan untuk jahitan. Pada zaman dulu bagi mereka kalau siapa siapa perempuan yang ingin belajar menjahit/memasak itu dikira mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Zaman dulu laa. Zaman sekarang dah tak boleh pakai dah. hihihi. jadi dekat sini korang boleh tengok macam mana dorang buat sulaman pakai mesin. cantik! sangat cantik. kita sempat grab alas meja dengan bantal kusyen kerusi.Harga pun berpatutan. eheh!
Tak tipu. Hasil sulaman dorang cantikk sangatt. So mak mak spare le duit lebih sikit kalau ke sini. Confirm tak tahan kalau pandang je. hihi
Masuk je terus nampak istana besar ni. Memang besar & luas. Tapi ini hanya replika je. sebab yang asli terletak di Batu Patah dan sudah terbakar masa rusuhan pada tahun 1804. Kemudian didirikan semula dan terbakar lagi pada tahun 1966. Dibina lagi di tapak baru dan terbakar lagi pada tahun 2007 dimana puncak istana pulak dipanah petir.
Besar & Luas!
Hiasan dalaman yang sangat berseni. Cantikk!
View dari tingkat paling atas. Tangga dia boleh tahan tinggi dan licin. So hati hati ye 😀
Menariknya istana ini hanya menggunakan pasak. Tidak ada paku. Tiga tingkat kesumuanya. Kalau yang muda tu boleh lah naik smpai ke tingkat 3. Agak mencabar ye tangga tangga dia. Seni ukiran luar dan dalam tersangatlah cantik. Oh ye disini jugak pelancong boleh mencuba pakaian pengantin minangkabau. Bayaran dalam RP35,000 = RM10. Kita tak try pun sebab cuaca panas sangat. Nak sarung je pun tak selesa.
Untuk Makanan, memang terbaik. Setiap kedai makan akan hidangkan pelbagai jenis lauk. Tapi kalau korang taknak makan lauk tu jangan sentuh. Dia tak kan charge. Oh yeee jangan lupa makan ikan & sotong bakar mereka. Serius sedap! tak tahu la rempah apa dia pakai tapi tersangatlah sedap 😂 i already missed all their food! dan jangan lupa rasa air famous dekat sana. avacado & durian belanda. Tapi tetap tak boleh lawan favorite air sis kat sana, Es Jeruk 😋
Tak tahu laa rempah apa yang dorang pakai untuk buat ikan bakar & cumi bakar ni. Sedap weyyyy!
Macam macam pilihan yang ada. Ada yang sedap, ada yang biasa biasa sajee
WARUNG BIKA TALAGO
Bika dalam sebutan orang minang ialah Kuih yang di panggang. Talago pula bermaksud danau /telaga. Belakang kedai ni ada danau, sebab tu kedai ini dinamakan Bika Talago. Bika ni macam lempeng je kalau kat Malaysia. Bahan asas nak buat ni simple je iaitu tepung beras, gula dan kelapa parut. itu lempeng kelapa. Ada juga yang dicampur pisang. Oh ye, lempeng ni jugak dikenali sebagai lempeng neraka, tak sure kenape mungkin sebab dibakar dengan api yang membara didalam mangkuk tanah liat. Nereka pun neraka lah, yang penting sedap. Serius sedap!
Mana nak dapat kat KL?
Nah kakak bagi siap alamat. Jangan lupa singgah. kalau tak menyesal!
Sorry gais, Kerusi tak banyak. kakak tak tahan tunggu giliran nak duduk 😂
Sempat singgah ke salah satu kilang kopi & Pisang salai yang famous dekat sini. Seronok pekena kopi sambil layan view gunung ganang, Dia punya tenang tuuu Allahuuu 😅 Sebab kan sis bukan peminat kopi dah tak minum kopi, Jadi apaa lagi amek kamera merayau sana sini cari best view gittuewww.
Unik nya cafe ni, Korang boleh buat air sendiri & boleh refill kalau nak.
Old school. Kole zaman atuk nenek kite
Cam biaso orang lain nikmati kopi. Kami muda muda ni menikmati pemandangan yang indah 😍
Warung Makan Ayam Penyet Wong Semarang. Sambal dia killer gaisss pedas tahap arwah tapi sedap gila. Jap ada ke Nasi Ayam penyet yang tak sedap bila dah sampai indonesia ni?
Sempat juga singgah salah satu Masjid dekat Padang. Tak sure lah ni Masjid negeri ke apa. tapi masjid ni sangat cantik. tengok laa binaan dia gabungan songket & minangkabau. Besar Masjid ni tapi belum siap sepenuh nya. Bahagian dalam dah boleh digunakan.
Sempat jugak berlari seberang jalan kedai makan untuk amek gambar sunset
dekat Padang ni. Selamat time ni ikan bakar belum masak lagi 😂 So, Pak
Masjoko suruh pergi amek gambar sunset dan menikmati pemandangan indah untuk 15 minit je laa. lepas tu gelap gelita menggelupur lintas jalan balik. hahahaha
Okay kenal kan Si baju merah tu Anggun nama dia. Student Praktikal pak Masjoko. Jadi dia ikut je kemana kami pergi. Baik budak nya, peramah 😊
Jadi sampai sini je lah, Trip Padang Indonesia kita sebelum puasa haritu. Kita tak recommend sangat untuk orang muda pergi. Tapi okay laa kalau nak merasa kelainan sikit. Trip santai santai je ni. Makanan overall 5★ , tempat tinggal kita bagi 3.5★(sebab takde iron 😂) Tour Guide & Tour Leader 5★. Jadi pada siapa siapa yang nak pergi travel dengan Tabung Haji boleh pergi page TABUNG HAJI TRAVEL mereka menwar kan pelbagai pakej percutian yang menarik di serata duniaaa gittuew! okayy jumpa next trip. Insyaallah! babaiii Assalmualaikum 💓
Bukit Tinggi - Padang, Indonesia trip April 2018
salam kenal. CT follow sini.. masukkan dalam list kaki travel di blog CT juga.
ReplyDeletejemput singgah =)