Assalamualaikum.
Hi Semua,
Jadi kita jumpa lagi dalam masa yang singkat.
Sebab apa? sebab kita baru je balik dari Singapore. hihihi
Sebenarnya tak plan pun nak ke Singapore ni. Plan last minit. Jadi kami mengambil pakej melawat Singapura sehari dengan harga RM135 bersama Bahtera Kembara Holiday! yeayyyyy! like seriously murah kot untuk satu hari.
Kami menaiki bas, bertolak dari KL Sental jam 10.30pm dan sampai di RnR Gelang Patah dalam pukul 3.30am. Rehat kejap, mandi, solat & sarapan terus ke imigresan pukul 7 pagi. Alhamdulillah tak payah beratur panjang pun sebab takde orang. Trip kami ada dalam 40 orang termasuk leader trip En Isa.
Muka muka busuk tak mandi pagi. eh?
Perjalanan bermula dari
Merlion Park → Garden by the bay → Bugis Street → Arab Street → Pulau Sentosa → Marina Bay Sands.
MERLION PARK
Kalau nak tahu. Merlion stand for Mermaid & Lion jadik la Merlion. Sesiapa ke Singapore tak sah le kan kalau tak singgah sini. Ikon bagi negara Singapura. Tempat wajib bergambar
Belakang tu Marina Bay Sand. Malam sebelum balik KL kita akan lepak situ
GARDEN BY THE BAY
Disebabkan Singapore ni tak ada hutan sangat, So ini inisiatif mereka. Buat sendiri je. Buat je rangka macam ni lepas tu tanam lah pokok yang menjalar. Kasi banyak sikit udara lagipun cantik kot and terus jadi tempat tarikan pelancong.
BUGIS STREET
Paling yang dinanti? Eh tak pun. Kita tak minat sangat shopping hihihi. Tapi team Bahtera Kembara akan bawa kita semua shopping kat sini. Nak bagi bajet pun tak berani. Tahu ajelah perempuan sebelum sampai kata takpe lah kita tak payah shopping, kau tengok bila dah sampai semua benda nak beli. kahkahkah
ARAB STREET
Lepas shopping, mesti lapar kan. Jadi kami ke Arab street untuk makan tengah hari. Kami makan Nasi Briyani & Murtabak Singapore di restaurant Zam Zam. Serius sedap! Recommended!
Belakang Masjid je lintas jalan then jumpa lah kedai ni
Teliur tau tengok gambar ni teringat kesedapan dia. haihh!
Okay gais, kakak pecah rahsia sikit depan pintu masjid ni ada banyak kedai souvenir dan lagi murah dari Bugis Street! KAHKAHKAH
Kat sini terletaknya Universal Studio Singapore. Kami tak masuk pun kalau nak masuk sini make sure pergi pagi pagi baru puas, Tapi alhamdulillah tiga tahun lepas dah masuk USS ni. Serius best pergi laa weyy tak tipu. Gayat gayat aku pun aku redah je naik semua ride. kahkahkah!
Tak kelakar tau nak amek gambar ni tanpa sebarang photoboom. Boleh bawak gaduh!
Bapak Merlion kat belakang tu
Team Bahtera pegi Checkpoint Titi gantung je. Sambil sambil layan matahari terbenam tepi pantai gittewww
Weyy dia takde laa tinggi mana, tapi kau bayang kan laa orang naik ramai ramai bergoyang goyang. Yang tak takut gayat pun boleh takut tau!
MARINA BAY SAND
Aktiviti terakhir sebelum balik KL layan view malam dekat Marina Bay. Badan pun penat kita santai santai ke kat sini sambil tengok water fountain show. Serius aku tak pernah tengok yang siap ada lampu lampu plus muzik tu, katanya kat KLCC pun ada. Tapi tak lama pun dalam 15 minit cemtu. Lawa beb. Lepas dah habis tu baru la kita shoot balik KL. alhamdulillah kami sampai KL sentral 3 pagi macam tu.
Kalau dapat bahagian depan duduk laa kesian kat orang belakang nak tengok sama
Sebelum show start kita layan view malam kat Singapore 💓
Taraaaaaaaaaaaaaaa show dah start!
Jadi pada siapa siapa nak join trip ni boleh pergi ke bahterakembaraholidays murah gais RM135 je. Korang tak payah drive tidoo je dalam bas. Bas pun selesa. Service terbaik, perancangan yang teratur, layanan best, Tour Leader yang happening,Tour guide yang sangat informative & kelako. Good job guys. Nanti ada rezeki kita join trip ke Hatyai puleks okayyyy
Kemain Tour Leader sorang ni. Dia muda wey so boleh masuk air dengan korang sekali nanti
Trip kali ni Family Ateh join. Nanti kita plan trip lain lagi okayy 😁
Mai beby boi workhard at Singapore ❤ sorry adik terpaksa layan kakak sorang ni. hihihi sampai bergaduh nak amek gambar! Dear future husband please be ready! 😂
Pwincess , King & Queen 💗
Till we meet again pipol 💚
No comments:
Post a Comment