Okay kali ni kita nak sambung percutian ke Penang haritu. Sorry lambat sikit part 2 busy buat persiapan raya gitteww!
1) Wonder Food Museum Penang
Wonderfood Museum Penang ini sebenarnya adalah sebuah muzium yang memaparkan replika-replika makanan tradisi orang Melayu, Cina & India dalam saiz yang sangat besar. Setiap replika di sini direka bentuk seakan-akan sama dengan makanan yang betul. Jadi tidak hairan lah jika ia menggugat selera anda, hihi! Sudah pasti aktiviti disini adalah bergambar. Anda juga boleh dapat maklumat makanan makanan yang terdapat di Malaysia ni. Sekiranya korang pergi berdua jangan risau kerana akan terdapat staff Wonderfood Museum yang akan membantu mengambil gambar anda. Staff disini sangat ramah dan mesra.
Sebelum masuk staff dia dah ajak photogroup dulu
"why so happy sis?"
"bang, nasi goreng kampung telo mata satuuu, telo lebih. hiks!"
Dewasa : RM15 (Mykad) , RM25 (Non Mykad)
Pelajar : RM10
Kanak- kanak : Percuma
Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi - 6 petang
2) Penang Trick Art Museum
Penang Trick Art museum terbahagi kepada dua tingkat. Terdapat banyak gambar gambar yang menarik dilukis pada setiap dinding museum setiap tingkat. Sesetengah gambar terdaoat patung, barangan, peralatan bagi memenuhi tema lukisan tersebut. Oh ya, sini juga ada bilik bilik ajaib. hehe!
Bismillah , macam biasa sebelum start kita photogroup dulu
Sibling 💓
bilik ajaib katanya
Harga Tiket
*Dewasa (13 tahun & keatas)
-RM15 (Mykad)
-RM25 (Non Mykad)
*Kanak-kanak (3 tahun - 12 tahun)
-RM10 (Mykad)
-RM15 (Non Mykad)
*Harga tiket unuk kanak-kanak bawah ketinggian 100cm Percuma
Waktu Operasi Muzium :- * Isnin - Jumaat : 9am - 6pm
* Sabtu / Ahad : 9am - 10pm
3) Bukit Bendera
Tidak lengkap lah percutian anda jika ke Penang tapi tidak ke Bukit Bendera. Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh kita gunakan sama ada keretapi atau pun mendaki melalui denai yang disediakan. Namun rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi kerana ia mudah,cepat dan tidak penat, tambahan pula mereka yang bercuti ke Bukit Bendera bersama keluarga dan anak-anak.
Bendahari jalan kan tugas!
Dalam train
Berlatarbelakang kan view Pulau Pinang
In Love with Pulau Pinang & You! Eh? Eh? Eh?
Di sekeliling dataran atau astaka ini terdapat beberapa tarikan umumnya lebih kepada aktiviti santai dan bergambar seperti ikon-ikon mini bukit bendera, dataran love lock, model keretapi bukit bendera generasi kedua dan sebagainya.
4) Padang Kota Lama
Saje lepak sini sambil tunggu senja. Sambil hirup udara Penang, kasi chance budak budak happy main belon. Ya mereka happy!
Ya yang ini pun paling happy. Tapi semput jugak laa nak buat belon kasi si Adyan Riyadh excited 😂
"Ngah, cari jodoh orang penang jom." HAHAHA i'm just kidding!
Family 💓
Jadi itu sahaja lawatan kami ke Penang. Ye kami banyak habis kan masa jalan-jalan cari makan. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak melawat sebab kengkangan masa, cuaca hujan plus ada anak kecil. Jadi kami limit kan lawatan kami. Insyaallah nanti kita sampai Penang lagi kita Roger Okayy!
No comments:
Post a Comment