background

Singapore Trip 2018

Assalamualaikum.
Hi Semua,
Jadi kita jumpa lagi dalam masa yang singkat.
Sebab apa? sebab kita baru je balik dari Singapore. hihihi

Sebenarnya tak plan pun nak ke Singapore ni. Plan last minit. Jadi kami  mengambil pakej melawat Singapura sehari dengan harga RM135 bersama Bahtera Kembara Holiday! yeayyyyy! like seriously murah kot untuk satu hari.



Kami menaiki bas, bertolak dari KL Sental jam 10.30pm dan sampai di RnR Gelang Patah dalam pukul 3.30am. Rehat kejap, mandi, solat & sarapan terus ke imigresan pukul 7 pagi. Alhamdulillah tak payah beratur panjang pun sebab takde orang. Trip kami ada dalam 40 orang termasuk leader trip En Isa.

 Muka muka busuk tak mandi pagi. eh?

Perjalanan bermula dari

Merlion Park → Garden by the bay → Bugis Street → Arab Street → Pulau Sentosa → Marina Bay Sands.

MERLION PARK

Kalau nak tahu. Merlion stand for Mermaid & Lion jadik la Merlion. Sesiapa ke Singapore tak sah le kan kalau tak singgah sini. Ikon bagi negara Singapura. Tempat wajib bergambar

 Belakang tu Marina Bay Sand. Malam sebelum balik KL kita akan lepak situ


GARDEN BY THE BAY

Disebabkan Singapore ni tak ada hutan sangat, So ini inisiatif mereka. Buat sendiri je. Buat je rangka macam ni lepas tu tanam lah pokok yang menjalar. Kasi banyak sikit udara lagipun cantik kot and terus jadi tempat tarikan pelancong.


BUGIS STREET

Paling yang dinanti? Eh tak pun. Kita tak minat sangat shopping hihihi. Tapi team Bahtera Kembara akan bawa kita semua shopping kat sini. Nak bagi bajet pun tak berani. Tahu ajelah perempuan sebelum sampai kata takpe lah kita tak payah shopping, kau tengok bila dah sampai semua benda nak beli. kahkahkah




ARAB STREET

Lepas shopping, mesti lapar kan. Jadi kami ke Arab street untuk makan tengah hari. Kami makan Nasi Briyani & Murtabak Singapore di restaurant Zam Zam. Serius sedap! Recommended!

Belakang Masjid je lintas jalan then jumpa lah kedai ni

Teliur tau tengok gambar ni teringat kesedapan dia. haihh!

Jangan risau kedai dia berhadapan dengan Masjid Sultan. Jadi lepas makan boleh solat jamak disini. Cantik & bersih sangat. Korang mesti selesa.

 Okay gais, kakak pecah rahsia sikit depan pintu masjid ni ada banyak kedai souvenir dan lagi murah dari Bugis Street! KAHKAHKAH


PULAU SENTOSA

Kat sini terletaknya Universal Studio Singapore. Kami tak masuk pun kalau nak masuk sini make sure pergi pagi pagi baru puas, Tapi alhamdulillah tiga tahun lepas dah masuk USS ni. Serius best pergi laa weyy tak tipu. Gayat gayat aku pun aku redah je naik semua ride. kahkahkah!


 Tak kelakar tau nak amek gambar ni tanpa sebarang photoboom. Boleh bawak gaduh! 

Jadi kami bergambar dengan Globe USS je mampu. Lepas tu jalan sikit jumpa Papa Merlion, Lepas dah puas bergambar kami menaiki tram ke Siloso, Pahlawan beach. Tak jauh pun. Tapi Tempat dia luas. Ada banyak checkpoint & pelbagai aktiviti ada kat sini.

Bapak Merlion kat belakang tu

Team Bahtera pegi Checkpoint Titi gantung je. Sambil sambil layan matahari terbenam tepi pantai gittewww


 Weyy dia takde laa tinggi mana, tapi kau bayang kan laa orang naik ramai ramai bergoyang goyang. Yang tak takut gayat pun boleh takut tau!

MARINA BAY SAND

Aktiviti terakhir sebelum balik KL layan view malam dekat Marina Bay. Badan pun penat kita santai santai ke kat sini sambil tengok water fountain show. Serius aku tak pernah tengok yang siap ada lampu lampu plus muzik tu, katanya kat KLCC pun ada. Tapi tak lama pun dalam 15 minit cemtu. Lawa beb. Lepas dah habis tu baru la kita shoot balik KL. alhamdulillah kami sampai KL sentral 3 pagi macam tu.

 Kalau dapat bahagian depan duduk laa kesian kat orang belakang nak tengok sama
Sebelum show start kita layan view malam kat Singapore 💓

Taraaaaaaaaaaaaaaa show dah start!

Jadi pada siapa siapa nak join trip ni boleh pergi ke bahterakembaraholidays murah gais RM135 je. Korang tak payah drive tidoo je dalam bas. Bas pun selesa. Service terbaik, perancangan yang teratur, layanan best, Tour Leader yang happening,Tour guide yang sangat informative & kelako. Good job guys. Nanti ada rezeki kita join trip ke Hatyai puleks okayyyy 


  
Kemain Tour Leader sorang ni. Dia muda wey so boleh masuk air dengan korang sekali nanti
 Trip kali ni Family Ateh join. Nanti kita plan trip lain lagi okayy 😁
 Mai beby boi workhard at Singapore ❤ sorry adik terpaksa layan kakak sorang ni. hihihi sampai bergaduh nak amek gambar! Dear future husband please be ready! 😂
 Pwincess , King & Queen 💗
Till we meet again pipol 💚





Umrah Trip 2018 (Madinah)

 
Selesai melaku kan tawaf Wida' kami terus berangkat ke Madinah Al-munawarah. Perjalanan mengambil masa kira kira dalam 6jam. Benarlah orang kata, bumi Madinah ni sangat barokah. Perasaan rindu tu sampai sekarang masih ada. Pertama kali ternampak menara hijau Masjid Nabawi, Subahanallah, tenangnya, cantiknya. Sejujurnya rasa tenang tu tak pernah dirasai sebelum ini. 
 

 
 Kubah Hijau , Makam Nabi Muhammad SAW
Masa waktu ziarah, kami dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi dari luar, dan berada dekat dengan kubah hijau dimana bawah kubah itu terdapat makam junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Masa ni rasa dekat sangat dengan baginda Rasulullah. Kami datang menziarahi mu wahai Kekasih Allah. Rasa sayu dan kagum bila mengenangkan betapa jerih perit usaha baginda dan para sahabat untuk untuk menyampaikan dakwah sehingga kita pada hari ini dapat hidup dengan nikmat islam.
 
 
Tanah Perkuburan Baqi'

 
Baqi' adalah perkuburan yang paling mulia. Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan ini. Ada hadis mengatakan, ahli-ahli kubur Baqi' adalah yang pertama akan dibangkitkan di akhirat kelak. Perkuburan ini terletak berhampiran dengan masjid Nabawi. Rasulullah SAW juga menjadikan tanah perkuburan ini untuk keluarga dan para sahabat beliau. Para isteri Rasul juga dikebumikan disini kecuali Siti Khadijah.

Masjid Quba

 

 Masjid Pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW.  Masjid ini didirikan atas dasar ketakwaan. Nabi SAW pernah berkata sesiapa yang solat didalam nya akan mendapat pahala 1 umrah.

Jabal Uhud
 
 
Di bukit inilah terjadi perang dasyat antara kaum muslimin melawan kaum musyrikin di Mekah. Dalam pertempuran tersebut gugur 70 orang syuhada diantaranya Hamzah bin Abdul Muthalib. Kecintaan Rasulullah SAW pada para syuhada Uhud, membuatkan beliau selalu menziarahinya hampir setiap tahun. Boleh lah google kalau nak baca sejarah Jabal Uhud ni.

 
Sekarang ni kalau ternampak mana mana gambar yang dimuatnaik mereka yang berada di tanah suci, saya akan rasa sebak sangat. Rasa rindu sangat nak kesana. Buat sahabat- sahabat yang lain, Tanah suci memang sangat-sangat istimewa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah (pesan untuk diri sendiri juga). Jangan terlampau risau yang kita ni terlampau banyak dosa sehingga terkubur niat untuk ke sana. Allah itu maha pengampun, Allah maha mendengar. Allah suka akan hambaNya yang memohon ampun.

 Rindu nya dekat family Wira Saujana (28 Jan 2018) 💓
Akhir kata, Moga Allah sama sama izinkan kita semua untuk ke sana, Insyaallah. Doakan kami sekeluarga menjadi tetamuNya untuk sekali lagi ya. 
Yang Merindui,
Ruzana.