background

TRIP KE GOLD COAST AUSTRALIA PART2

 
Sini Tempat yang patut korang lawat bila dah sampai Gold Coast okayy
 
 
1. Currumbin Wildlife Sanctuary.
Kat sini laa tempat korang nak tengok Kangaroo, Koala dan macam macam jenis binatng yang korang nak tengok. Sini kat bumi Australia off course laa kau datang nak carik Kangaroo dengan Koala dulu. Sini ada kandang untuk Kangaroo yang agak jinak. So doarang lepas kan binatang dalam kandang dan kau boleh masuk bergambar/berborak/bergosip/bagi makan or apa apa saja yang kau nak buat dengan kangaroo kau dipersila kan. Tapi sebelum masuk kau kena tau pantang larang ye. Tak memasal kau kena kick boxing. Entrance fee AUD49. Selain tu kat sini ada macam macam show dengan binatang. Lebih kurang macam Zoo kite jugak kot. Hari tu kami tak sempat tengok mana mana show pun sebab sampai sana lewat. Kami cuma fokus pada Kangaroo & Koala. Sempat juga la bergambar dengan Koala.
 
ENTRANCE FEE
CURRUMBIN WILDLIFE SANCTUARY
 AUD49
 
  
 
 
 
omey omey tau dedua ni.
 
2. Movie World
Sini theme park yang agak famous dekat gold coast. Boleh tahan luas. Extreme pun ada jugak. Sis tak naik laa yang Extreme tu kang tercampak kang buat nayaaaa je weyy. HAHAHAHA.. tapi Sis sempat jugak laa naik extreme versi gelap. tak nampak apa sebab sis tutup mata.... Sis naik Scooby doo roaler coaster. Memang macam haremmmmm. tobat dah weyyy. tengok macam okay tenang. Sekali amek kauuuu. pusing kepala lepas turun. Dan bila dah smapi sini kau wajib masuk Hollywood stunt driver. Korang boleh tengok aksi drift & Kereta tebakar secara live. acah acah kau tengok stunt dalam tv tu. So kat sini kita boleh tengok secara live. Masuk masuk je movie world sila lah cari tempat ni. Sebab setahu sis, dia buat show 2 kali je sehari. Sebelah pagi & Sebelah petang. Pukul 3.30pm pulak ada All Star Parade. Kalian boleh tengok semua characters form Warner Brothers. Please dont miss All Star Parade, rugi oiii kalau tak tengok.
 
 
 
 
memang tak laa sis nak ride menatang ni kann -_-
 
Alhamdulillah, tempat solat pun ada tau. Jangan risau
 
 
 
 
 
3. Sea World
Dekat sini uollss boleh tengok segala kehidupan dalam air. Kat sini kita boleh tengok segala macam jenis kehidupan dalam air Dolphin, Shark, Penguins, Polar Bear dan macam macam jenis ikan. Sini pun ada jugak ride / games. Tapi mostly berkaitan dengan air. So bawak baju lebih okay. Jangan lupa tengok show dolphine, feed penguin baby, dora show dan macam macam lagi. Boleh ambil pamphlet dekat pintu masuk ye. Check la time show show. Paling best show dolphin. Comel gilaaa weyyyyyy 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
4. Wet n Wild
Sini Taman Tema Air, macam kat Malaysia jugak. Lebih kurang. Time sis pergi macam takde orang sangat sebab musim sejuk. budak budak ni mandi lepak je Kulit tebal kot. Hahahah. Sis masuk kejap ronda ronda pastu jalan kaki pergi movie world. Lagi best dapat jumpa Batman. Hihihihi..
 
Tiket masuk untuk 3 tempat ni tak ingat laa harga dia berapa. Sebab Kak Irene beli VIP pas secara online. So boleh dapat harga murah sikit. Valid 7+ hari kalau tak silap Sebab tu kau boleh masuk setiap hari tempat tempat ni. tunjuk pass tu je. Sebab tu sis cakap sis ronda ronda je kat Wet N Wild tu pastu pergi lari ke Movie World balik bukan kena bayar lagi.
 
  
  
 
 
 
 
So sampai sini je dulu ye. Nanti sis sambung lagi okayy. Baiiiii 
 

 


No comments:

Post a Comment