background

TRIP KE BANDAR ACEH

    
28 April 2016 - 1 May 2016 
Kami sekeluarga sempat bercuti/melawat kawasan yang terkena tsunami pada 2004. Percutian kali ni simple relax dan santai sebab ahli rombongan nye dari jemaah Masjid Saidina Hamzah. Jadi perjalan takde laa mencabar sangat. Hihihihihi. Total bayaran dalam RM1200 seorang. Travel agent yang menguruskan kami Aceh Holiday, Yopi Travel and Tours.
Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Air Asia pukul 8 pagi. Jadi subuh tu kami di airport. Memandangkan sampai sana pun awal kami terus melawat kawasan kawasan tsunami. Lawatan pertama kubur Massal. Kubur ni menempat kan lebih kurang 46,718 orang yang terkorban semasa tsunami. Masyaallah kalau korang nak tahu mereka terus tanam je mayat mayat yang terkorban. sebab terlampau ramai. itu yang jumpa, tak kira lagi mangsa yang masih hilang sehingga sekarang, Al-Fatihah
 
di sebalik tanah rata ni berpuluh ribu mayat mangsa tsunami 
sebahagian peserta rombongan 
Lepas tu kami melawat Rumah Aceh. Rumah Aceh ni terbahagi kepada tiga bahagian dan 1 bahagian dapur ditambah. Rumah dia cantik tapi dah tak ramai orang aceh nak buat rumah macam ni sebab kos kayu nak buat rumah macam ni agak mahal
rumoh aceh. ouh yee sebab kan trip ni santai santai boleh la bawak nenek berjalan sekali. nenek aku memang suka naik flight. hahahah
kemudian kami ke Boat atas rumah. Tuan rumah masih hidup dan terselamat dari bencana tsunami cuma suami dia terkorban. Menurut tukang cerita 59 orang selamat naik boat ni. Bayang kan laa tinggi nya air tsunami tu sampai mendarat atas rumah orang kampung. Ya Allah. 
nah bukti nya. betul betul atas rumah wey. Ya Allah dengar cerita dari mangsa tsunami tu sendiri dah seram. Moga Allah melindungi kita dimana saja kita berada.
Selepas itu kami terus check in ke Hotel Medan. Badan pun letih lesu. Maklum laa keluar rumah awal pagi. Petang tu pula kami ke Pantai Ulele untuk ngeteh. Sini macam macam ada. Makan mengadap laut sambil layan matahari terbenam. Ouh yee kalau nak datang sini kena datang awal sikit sebab  mangrib semua kedai dah tutup ye. Kalau kat sini harus la try jagung bakar dengan kelapa sirap. sedappp!
Esok nya pulak selepas Subuh kami bersiap siap ke Pulau Sabang. Sebenarnya aku pun tak tau sini ada Pulau. Kami naik boat laju lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampai je sana kami terus makan tengah hari then kaum adam pergi solat Jumaat, kaum Hawa terus check in ke bilik. Petang tu kami ke pantai. dibahagikan dua kumpulan 1 team pergi snorkling 1 team naik boat tengok ikan. Aku malas nak basah basahan. rasa leceh nak tukar baju aku pilih untuk naik boat. hihihih
pulau ni cantik sangat. air pun jernih 
 
Hari ketiganya kami balik ke aceh balik dan terus kan perjalanan ke muzium tsunami. Sebelum masuk muzium ni ada laluan yang agak sunyi dan gelap. yang kedengaran cuma bunyi air yang mengalir. boleh tahan seram jugak la. hahaha. Dekat sini kita boleh tengok visual macam macam macam kejadian tsunami. dan kat sini juga ada satu ruang khas mereka meletak kan nama nama mangsa mangsa tsunami dan juga ada bacaan alfatihah dimainkan. So kalau datang sini tak singgah muzium ni tak lengkap la lawatan kau ke aceh ni.
 
Seterusnya kami ke Kapal PLTD Apung. Kapal ni dipebuat dari besi ye berat tauu.Aku dikabarkan kemungkinan besar bawah kapal ni ada mayat sebab tapak kapal sekarang ni ialah tapak beberapa buah rumah yang dah kena lenyek. Kalau korang nak tau ada seorang pekerja kapal ni dia tertidur masa berlaku tsunami, dia pun tak sedar bila tsunami berlaku. kawan kawan dia yang kat atas kapal semua larikan diri lepas nampak ombak besar. dia bangun je tidur dia pelik kenapa ramai sangat orang atas kapal dia. time tu baru la tau rupa nya aceh dilanda tsunami. Alhamdulillah orang nya masih hidup. Cuma sekarang ni dia dah tak kerja situ sebab trauma. kata nya dia dipindah kan ke bahagian darat takde kaitan dengan air air ni. dan kat sini pun korang still boleh tengok kesan kesan rumah yang teruk akibat tsunami. dorang saja biarkan rumah tu buat kenangan. 
 
jarum jam menunjukkan kejadian berlaku

terdampar sejauh 5km dari laut. Subhanallah
Kemudian kami ke Kubah Masjid Terbang. Kubah berat ni pada asal nya dari kampung sebelah. Menurut tukang cerita nya masjid nya semua hancur tak ada kesan langsung cuma yang tinggal kubah ni. Semasa kejadian, kubah ni berpusing pusing 3 kali dan akhirnya mendarat di satu kawasan tanah lapang iaitu kawasan sawah padi. katanya kawasan ni diantara kawasan yang teruk jugak kena tsunami. jumlah penduduk dalam 700 orang yg jumpa ada laa dalam puluhan orang je. Kakak yang cerita ni dia kata dia terselamat sebab dia ke Hospital tengah bandar bersama suami nya untuk kelahiran anak dia yang keberapa aku tak sure. Tapi mak ayah dan adik beradik dia hanyut sampai sekarang tak jumpa. Dengar citer juga bawah kubah tu mungkin ada mayat mangsa tsunami. takde sapa yang mampu mengangkat kubah tu.
 
 


Okay sampai sini je trip ke Aceh. Nanti sis cerita pulak trip sis ke Melbourne bersama tripadikberadik yang tengah femous sekarang ni. Macam macam depa duk kutuk kan. Tunggu sis punya story pulak ye.. siap laa tripadikberadik -_-

2 comments:

  1. bestnya awak travel je :) Siqah baca blog pun rasa macam dah travel dah. Hehe.

    Salam perkenalan. Siqah tahu Blog ni melalui blogger Reen :)

    ReplyDelete