background
MELBOURNE TRIP WITH TRIPADIKBERADIK
TRIP KE BANDAR ACEH
Okay sampai sini je trip ke Aceh. Nanti sis cerita pulak trip sis ke Melbourne bersama tripadikberadik yang tengah femous sekarang ni. Macam macam depa duk kutuk kan. Tunggu sis punya story pulak ye.. siap laa tripadikberadik -_-
GRADUATION DAY KOLEJ PROFESIONAL MARA
Sekitar Majlis Convocation Kolej Profesional Mara, 11 Oktober 2014
PICC Putrajaya
Jutaan terima kasih pada kedua ibu bapa, pensyarah, kawan kawan, senior senior, Mara dan jugak Encik Google yang banyak membantu sepanjang pengambilan diploma ini berlangsung. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tiga tahun. Saat jatuh dan bangun rakan rakan sentiasa ada disisi. Terima Kasih sahabat.
Ibu Ayah terima kasih atas segalanya. Kakak sayang ibu ayah
Terima Kasih kerana sentiasa ada disisi. Kak Mira, Sihah, Fiza, Hajar, Sha & Alia. Moga persahabatan ni kekal selamanya
Kolej Profesional Mara
Bila orang tanya, taknak sambung belajar ke? sampai kesudah aku tak ada jawapan. Sekarang tengah seronok ada duit sendiri kot. Lagipun malas nak berutang buat pinjaman sana sini. Tak pe laa kalau rezeki aku takat diploma pun takpe. Sekarang eksited dapat kumpul duit sendiri pastu travel sana sini. Simpanan untuk kawen takde lagi sebab calon asyik bertukar ganti. Hahahahahahahaha.
p/s : cerita ni pasal 2014, sekarang baru nak post. Rindu aihh kat ampa semua :(
p/s : cerita ni pasal 2014, sekarang baru nak post. Rindu aihh kat ampa semua :(
TRIP KE GOLD COAST AUSTRALIA PART3
TRIP KE GOLD COAST AUSTRALIA PART2
TRIP KE GOLD COAST AUSTRALIA PART1
Berikut sedikit cuaca dan musim di Australia sebagi panduan
- Musim panas (summer) – Disember hingga Februari.
- Musim luruh (autumn) – Mac hingga Mei
- Musim sejuk (winter) – Jun hingga Ogos.
- Musim bunga (spring) – September hingga November
Kalau nak masuk Australia kena pakai Visa, Berbeza dengan Europe,untuk memasuki Australia kita kena apply Visa.Tak kira berapa lama kita di sana kita boleh apply secara online sebab sistem mereka canggih. Bayaran di kenakan bergantung kepada kategori mana anda di kelaskan selepas memasukkan detail di web imegresen mereka.
Imigresen Australia sangat ketat ye. Makanan memang susah nak bawak masuk . Jadi kena hati hati ye. Tapi jangan risau kalau meggi tu boleh lepas. hahaha.. jangan lupa declare apa saja yang kita bawa masuk. Untuk makluman makanan seperti tenusu tak dibenarkan, make sure korang buat list siap siap apa yang korang bawak nanti takde la kena punggah dalam beg depan depan pegawai sana. Ubat pun declare ye panadol ke demam ke selsema ke declare je. Tapi hari tu Sis naik air asia sampai airport gold coast malam almost 10pm. pastu problem kat airport ada 1 beg kteowang tak dapat. Tak tau hantar ke mana beg tu, buat report pung pang pung pang dah nak dekat 11pm airport pun dah kosong, airport sana berkunci ye. So alhamdulillah group kami tak kena check beg pun. terkejut jugak la, mybe kteorang nampak baik kot. hahahah lagi pun officer semua sebok nak balik. Tapi ada dengar dengar dari cerita orang lain siap ada anjing hidu beg. So berhati hati ye.
Sana yang famous theme park ye. Beli package murah. Sekali ada 3 tempat. Movie World, WetnWild & Seaworld. Nanti sis cerita apa yang menarik kat tiga tempat ni ya. Sis jugak sempat naik breakfast atas cruise, surfer paradise, night market, Brisbane & Currumbin Wildlife Sanctuary. Nanti sis cerita setiap tempat ni yea. Insyaallah. Just wait and see!!!
Sana yang famous theme park ye. Beli package murah. Sekali ada 3 tempat. Movie World, WetnWild & Seaworld. Nanti sis cerita apa yang menarik kat tiga tempat ni ya. Sis jugak sempat naik breakfast atas cruise, surfer paradise, night market, Brisbane & Currumbin Wildlife Sanctuary. Nanti sis cerita setiap tempat ni yea. Insyaallah. Just wait and see!!!
Semalam
Semalam kita bergaduh,
dan aku betul tidak senang.
Kan senang kalau mengaku salah,
dan habiskan pergaduhan bodoh ni.
Jujurnya aku sudah mula rindu kau.
Cepatlah pujuk.
Cepatlah.
Kali ni giliran kau pulak.
TRIP TO KOREA 2014 PART 3
salah satu kedai yang kami pilih
dapat tulis nama dalam tulisan korea. lepas dah siap korang boleh tampal kat belakang tu atau bawak balik. Sis bawak balik. simpan buat kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)