Seperti orang lain juga bila dah buat keputusan nak menunaikan ibadah umrah, bermacam macam perkara bermain di fikiran"layak ke aku ni jadi tetamu Allah di Mekah? Mampu ke aku? Kalau aku diuji disana boleh ke aku hadapi?" hati ni asyik berbolak balik sedangkan tak lama lagi nak berlepas ke sana. Allahu sampai macam tu sekali tahap pemikiran aku.
Sepanjang dalam penerbangan ke Mekah, mulut tak henti menyebut "Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, janganlah kau susahkan. Sambut lah kau dengan rahmatMu." Ye, aku betul betul risau sangat. sebab sebelum bertolak ramai pesan jangan ada fikir atau lintasan hati yang tidak elok, jaga percakapan, tingkah laku dan segalanya.
sebelum brangkat kami bermaaf-maafan. Kali ni punya salam
bermaafan paling sayu dalam hidup aku. Time raya pun aku tak rasa
sesebak & sesayu macam ni.
Perkara yang membezakan umrah berbanding pengembaraan adalah pengisian rohani di tempat yang bakal kita iaitu Mekah dan Madinah. Sebenarnya senang saja kalau kita paham Rukun Umrah, Bacaan semasa umrah & Pantang larang umrah. Sebab tu sebelum kita ke sana, kita haruslah menghadiri mana mana kursus Umrah. Eh, aku pun pergi 3 kali kursus tau dengan uztaz yang berbeza.
Okay, so macam mana perjalananya?
Alhamdulillah sesampainya di Lapangan Terbang Jeddah, turun je dari perut kapal terbang angin Jeddah terus menerpa ke muka. Sejuk, dingin, nyaman & tenang. Waktu tu rasa macam tak sangka lagi beberapa jam aku nak jejak tanah Mekah. Selesai check in hotel dan makan malam kami terus berkumpul di lobby untuk menunaikan umrah pertama. Waktu tu memang nervous. Tapi setibanya di depan Kaabah, Ya Allah, dia punya sayu tu lain macam. Rasa macam betul ke aku tengok Kaabah dengan mata kepala aku sendiri terus mengalir air mata aku terharu, gembira, sedih bercampur baur perasaan masa tu. Selesai tawaf, saie serta bercukur/gunting rambut tetiba macam eh? dah selesai dah umrah aku? ibadah yang pada mulanya aku rasa macam tak mampu (sebelum tiba di tanah suci ) Allah permudahkan, Allah izinkan. Alhamdulillah rasa seronok sangat, rasa gembira.
Sebelum melakukan umrah wajib
Dekat Mekah, memang ramai sangat manusia lagi lagi masa nak tawaf. Kadang tu kita rasa eh ramainya orang boleh ke nak tawaf ni. Insyaallah boleh. Pasti ada ruang untuk kita. Oh ya, kalau rasa dahaga boleh minum air zam zam, banyak disediakan sekitar Masjidilharam.
It's crowded but peaceful at the same time. Trust me!
Sepanjang 7 hari di Mekah banyak masa kami habiskan di dalam masjidilharam. Kadang kalau nak segarkan mata terus pegi masjid tengok keindahan Kaabah. Allahu tenang setenangnya bila lihat kaabah. Dekat masjidilharam ni ramai jemaah dari serata dunia rajin bersedekah. Kadang dihulurnya kurma, tasbih, coklat dan macam macam lagi. Semua berebut-rebut merebut pahala.
Sekitar dataran MasjidilHaram siang & malam. Tak pernah tidur Kota Mekah ni sentiasa meriah.
Masing-masing berlumba lumba melakukan ibadah tanpa memikirkan penat.
Sebelum meninggalkan Mekah, kita wajib melakukan tawaf Wida' (Tawaf selamat tinggal) kecuali golongan uzur. Ketika melaksanakan tawaf wida' ni ada satu perasaan yang tak pernah dirasa sebelum ni. Perasaan yang taknak tinggal kan tanah suci ni. tak puas rasanya. sepanjang berada disini memang Allah pelihara hati hamba-hambaNya. Kita tak terlalu memikirkan hal dunia sebanyak mana kita lakukan di tanah air sendiri.
Dengan harapan akan ada rezeki untuk melihat suasana yang indah di MasjidilHaram 💓
Ziarah sekitar Mekah :
Jabal Rahmah. Tempat bertemunya Adam & Hawa. Jadi dimana adamku? hihi. Jangan tanya aku doa apa kat atas sana 👉👈
Jabal Thur. Tempat dimana Rasulullah dan bapa mertuanya bersembunyi apabila dikejar oleh pembunuh yang diupah oleh bani quraisy.