Sun , 6 November 2016
Haa baru nak updated hari ni. Ingat nak genap setahun baru cerita. Iolss busy uollsss!
Okay trip Sg Chilling kali ni salah satu program outing company sis.
Dah nak 3 tahun kerja baru first time ada outing cenggini. HAHAHA
So Ahad tu kena laa bangun awal pagi. Takut ramai orang.
Sg Chilling bukak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8am till 6pm je okay guys.
Air terjun Sg Chilling ni dikatakan antara air terjun tercantik di Negeri Selangor dan merupakan santuari ikan kelah di bawah jagaan jabatan perikanan. Disebabkan sini tempah pemuliharaan ikan kelah, so tak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing kan sini. okay? Nak pancing awek takpe macam member aku sorang tu laju je pasang umpan. hahahahaha
Nak ke air terjun korang kena melintasi 6 anak sungai. Lintasan pertama je ada jambatan gantung. yang lain kena get ready laa untuk berendam. Paras air pun ada yang paras lutut je and ada jugak yang paras atas pinggang. So yang jenis ketinggian terbantut tu hangpa get ready je la air pun agak deras. So please berhati-hati.
So yeahh! lepas jambatan gantung tu bermula lah pengembaraan yang sebenar. Perjalanan lebih kurang memakan masa 40 minit ke 60 minit(bergantung pada stamina) Kena jalan dalam hutan, ada kawasan berlecak, kawasan berbatu, kawasan berbukit, pendek kata bentuk muka bumi sepanjang perjalan ke waterfall tu berlainan laa..
Baiklah. Setelah onak duri serta ranjau yang mencabar, sampai jugak kami ke kawasan air terjun Sg Chlling. Orang tak la ramai mana mungkin sebab hari ahad kot. So aku rasa kawasan tu penuh dengan staff Gussman je. hiks!
Oh ye Sg Chilling ni merupakan kawasan santuari ikan. So kita boleh beli makanan ikan dekat pintu masuk tu. Jinak okay ikan ikan ni. pantang kalau kau duduk diam beramai ramai dia mai kat kau nanti. Okay sis teruja sebenarnya sebab sis ni kan jenis takut dengan semua binatang. hahahaha rasa macam dikerumuni peminat gittcchhewww!
Sempat jugak la snap moment dengan favorite people kat gussman. Sisterhood and Ohana. Thanks uolls yang selalu menceriakan hari hari I kat office. wiwiwiwiwiwi
Ok! Selepas hampir sejam dua mandi-manda, kami pun berjungle trekking kembali ke entrace Sg Chilling. Trek yang sama okay so tak mencabar mana sebab kau dah tahu trek tu. hihihi. Apa pun thanks Gussmann team yang buat outing tahun ni. Tahun depan buat lagi okay. bawak pergi bercuti ke Pulau pulak ke. hahahahaha
Okay babaii semuaaaa
Jumpa lagik!
Muahcikeed!