background

Semporna yang (HAMPIR) sempurna

1 November 2019

Eh tak takut ke kena culik dengan lanun? Selamat ke nak pergi sana?


Come on gais. MABUL ISLAND is safe! Setiap hari ada askar yang datang berkawal di kawasan Mabul ni. Meraka jalankan tugas untuk mengawal bahagian sempadan. Dont worry, we are safe here.

 Flight awal pagi ya gais. Muka barai memasing. huhu

Untuk datang ke sini boleh ambil flight direct dari KL ke Tawau. Kalau ada booking direct dengan Resort, mereka akan sediakan transport dari Airport Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira 2 jam. Lepas tu dari Semporna kena naik boat dalam 1 jam juga ke Pulau Mabul. Sepanjang disana kami ambil pakej dengan Mabul Holiday Village, alhamdulillah dari awal kami sampai sana sehingga la hari terakhir mereka menjaga kami dengan baik.

Sini banyak resort untuk backpacker yang murah-murah, kena pandai pilih agent ya. Ruang lepak sini best mengadap laut. Malam-malam karoke sambil melayan angin bayu gituu

Di sini juga, korang tak perlu risau tentang makanan. Di setiap Resort penginapan pasti akan menyediakan makanan dari breakfast, lunch dan dinner yang sedap dan enak. Korang boleh makan sampai kenyang. Penyedian makanan ni semestinya sudah termasuk dalam pakej.

PULAU KAPALAI

Pulau Kapalai tempat pertama kami snorkeling, Ombak agak kuat kat sini. Penat jugak la kami berkuak lentang, mengepak berhempas pulas dalam laut. Dah pulak tu first experience masuk laut dalam. Itu tak cerita penat terjerit-jerit panic punya pasal. hahahah. Tapi alhamdulillah first experience ni yang nak mengajar kita kan. Esok lusa turun dari boat pun melompat. hihihi


Di Kapalai ada resort tersendiri. Orang luar tak boleh masuk. Tapi kalau nak snorkeling kena ada permit dulu. Baru di benarkan snorkeling di sekitar resort.

PULAU MABUL

Kami dibawa tengah tengah laut dalam di Pulau Mabul untuk menyaksikan Penyu. Tapi disebabkan Ombak beralun yang sangat kuat. Aku tak berani turun laut. Duduk atas boat sahaja sambil melayan mabuk. hahaha. Agak rugi jugak tak turun untuk tengok penyu secara live. Tapi tak terdaya. Insyaallah Mabul Trip 2.0 harapnya ada rezeki la ye.

Muka seronok laa nak pergi tengok penyu sebelum mabuk 😂

Kemudian kami dibawa snorkeling di sekitar Mabul Water Bungalow Resort, Resort ni antara yang paling mewah di Mabul. Sesiapa yang tidak menginap di resort ini tetapi nak bergambar di sekitar titi resort di kenakan bayaran sebanyak RM10. Jangan risau korang boleh bergambar sampai puas. View resort tu tersangatlah cantik, dan mereka juga menyedia kan tempat-tempat bergambar yang menarik dan juga papan tanda I LOVE MABUL.

 Gigih nak dapat background Mabul Water Bungalow Resort ni

Orang yang paling banyak membantu sepanjang dalam air. HAHAHA Almadi & Lynn. Macehh Aquaboy & Aquagirl jagaa ktorang supaya tak lemas. hiks!

Sekitar Mabul Water Bungalow resort

Niat nak tengok sunset, Sunset nyaa ngak adaaa sebab hujan sebelum tu. hahah


BOHEY DULANG

Sebab tak dapat view atas bohey dulang, kita pulun bergambar dekat bawah jeee

Bohey Dulang antara syurga dunia lah orang kata, view dari atas dia Masyaallah, memang cantik teruk. Orang lah yang kata sebab aku tak dapat naik. Cuaca memang memainkan peranan penting. Kalau malam atau dua tiga hari sebelum korang naik tu hujan, korang memang tak dibenarkan hiking Bohey Dulang. Sebab trek licin dan bahaya. Situasi ini terjadi semasa kali pertama aku ke Bohey Dulang. Sedih. Mungkin memang kena repeat lagi. Insyaallah. Jadi sila check cuaca dulu sebelum ke sini ya. Tapi tulah cuaca kat sini tak menentu. Ikut nasib dan rezeki.

 After Covid-19 kita plan trip Mabul 2.0 yaaa girlsss


Heaven on earth 😍

Pastikan korang bawa kasut untuk hiking ye, Kalau berselipar memang tidak dibenarkan untuk tujuan keselamatan. In case korang terlupa (atau buat-buat lupa) bawa kasut, korang boleh sewa sepasang kasut getah dengan harga RM5.00.

PULAU MANTABUAN

Selepas ke Bohey Dulang kami terus ke Pulau Mantabuan dengan perasaan sedikit kecewa. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja dari Bohey Dulang. Not much we can do here. Hanya berendam rendam di tepi tepi pulau sahaja dan bergambar. Katanya Pulau ini terkenal dengan keindahan terumbu karang. Tak lama pun kami disini sekitar 15 ke 20 minit  sahaja, dan kami terus ke Pulau Sibuan untuk makan tengah hari yang telah disediakan.

 My happy season 🌈


 PULAU SIBUAN

Memakan masa sekitar 25 minit dari Mantabuan. Cuaca sangat baik waktu kami kesana. Kami makan tengah hari disini sambil menikmati pemandangan sebelum memulakan sebarang aktiviti.

Lunch dengan view paling mahal. weehuu!

 Salt water therapy. Big Thanks to Almadi for this picture! 🖤


Pulau ni kecik je. Tapi pemandangan pantai dia sangat cantik Apa sahaja yang kita ambil gambar disini, semuanya turn to very beautiful photo. Sangat insta worthy. Air laut dia jernih dan bersih. Di sini jugak kami dibawa ke kawasan laut dalam untuk snorkeling sambil melihat ikan-ikan yang cantik. Jadi Pulau Sibuan adalah tempat yang paling saya recommend kalau nak snorkeling.

I'm wearing aquashoes(kasut snorkeling) sepanjang kat sana untuk safety ya supaya kaki tak luka pijak coral. Tapi sebenarnya aku beli takut terpijak ikan. hahahah boleh beli dekat Decathlon harga bawah RM20 jee selesa teruks!!

Jadi, lepas ni masukkan Semporna dalam list korang untuk pergi bercuti yee. Kalau tak mesti rugi. Saya pun berhajat nak repeat kesana lagi untuk misi Mabul Island 2.0. Sebab apa? sebab haritu tak dapat naik Bohey Dulang plus banyak lagi Pulau yang tak sempat nak teroka. weehuuuu. Okay gais, jumpa di post dan percutian seterusnya. hihihi. Jaga diri musim  COVID-19 ni. Stay Home, Stay Safe and Stay Strong. Assalamualaikum ♡


3 hero yang menjaga kami sepanjang di Semporna. Thanks Abang Dian, Zul & Almadi. Ada rezeki kita jumpa lagi yee (jap ni macam sebelum kejadian pelampung jee 😂)