background

EURPOE TRIP (BRUSSELS)

 
 
Selesai jelajahi Kota London kami berangkat ke Brussels & Amsterdam. Kami naik feri di Port Dover merentas selat Inggeris untuk ke Port Calais di France. Perjalanan agak jauh. Setelah sampai di Port Dover, kena turun bas cop passport dan akan ada pegawai kastam naik atas bas untuk scan passport (peramah uolls) Beg pun kena check secara rawak. So mana mana yg terpilih kena la turun untuk diperiksa. Tapi rombongan kami sorang pun tak kena (Alhamdulillah Allah permudahkan & percepatkan urusan) Lepas bas dah masuk dalam feri kami pun turun dan naik ke atas, luas tempat dia sempat jugak laa sis dengan adik jelajah satu feri tu. Ada cafe, ada kedai untuk shopping dan ada tempat main games.

 Ni la feri kami. Bus pun bawak masuk dalam sekali 

 Ruang rehat. sangat luas. ada banyak tingkat. So korang boleh duduk mana port yang korang nak


Perjalanan ke mengambil masa dalam satu jam setengah. Jadi sempat la solat makan dan rehat sambil menikmati pemandangan yang indah gittueew. So aku ngan adik aku jenis tak boleh duduk diam jadi kami ke bahagian atas feri. Makk aiii sejuk namatey gais. angin kuat sangat. Tapi best lepak kat atas tu merasa angin bayu Selat Inggeris gittuuew.


MANNIKEN PIS
Sini salah satu tempat menarik dekat Brussels, patung budak kecil yang terkenal disini. Ada cerita disebalik budak kecik ni. sebenarnya ada banyak version. Tapi aku cuma dengar kisah dongeng Manneken Pis ni seorang budak lelaki bernama Julianske yang membatalkan pihak musuh yang nak bakar bandar Brussels ni, budak kecik ni membuang air kecil di tempat mula mula api dinyalakan. Maka, bandar Brussels ni terselamat la dari terbakar. Haaa cemtu laa kisah nya dan untuk pengetahuan Manneken bermaksud patung & Pis bermaksud kencing.





GRAND PALACE
Grand Palace ni merupakan one of the most beautiful town square in Europe. Cantik sangat bangunan bangunan lama sekitar Brussels ni. Oh dah sampai sini jangan lupa merasa waffle Belgium. sedap sedap semua dan pelbagai rasa & jenis, rugi kalau tak cuba dan jangan lupa juga beli chocolate Belguim. Belguim dan chocolate berpisah tiada gais. sis sempat shopping chocolate untuk officemate. Souvenirs untuk yang tertentu je sebab mahal. kahkahkah

 Waffle Belgium



AUTOMIUM
Dibina sempana Brussels World Fair pada tahun 1958, dibina menyerupai bentuk atom melambang kan tenaga atom bagi kegunaan keamanan dalam Expo tersebut. Ada 9 sfera yang berfungsi sebagai muzium, restoren & anjung tinjau. Boleh masuk dalam kalau nak tapi tak sure berbayar atau tidak sebab kami cuma bergambar dari jauh untuk dapat kan full view atom ni.




kami ke Brussles ni sekejap je. sebab sekali lalu nak ke Amsterdam. So singgah sekejap kemudian kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Next post kiter citer pasal Amsterdam ye. My favorite place ever sepanjang trip. hihhiih. jumpa next post gais. babaii