background

EUROPE TRIP (LONDON)

 
 
23032017

Okay gais. Ini trip yang paling kakak tunggu tunggu sepanjang kakak travel tau. Sebab we are goingg to Londonnnnnn Ya Allah tak sangka dapat peluang ke negara Eropah. 

Dan kakak pun first time travel naik flight berejam jam. adudududu time pergi Australia pun kematu montot 7/8 jam ini kan 12/13 jam. Kakak naik Qatar Airways so dapat transit 2jam dekat Doha boleh le lurus pinggang sat. Kalau yang tak suka transit tu boleh je naik flight direct KL ke London contoh MAS, sebab ada stengah orang tak suka transit leceh & kelam kabut. Tapi kakak suka transit dapat cuci mata nengok pak arab hencem hencem. HAHAHA

Service Qatar Airways sangat memuaskan layanan bertaraf lima bintang dari cabin crew walaupun kau duduk business class. Makanan pun sedap sedap. Ohh flight kami malam tapi kakak ngan adik kakak tak rasa nak tidur pun sebab eksited plus ada Wifi, Movies & Games yang best. Movie pun semua yg latest. Wiwiwiwiwiwi

 Lets gooo ~ Bismillah

 Muka barai tak nak boleh tidur dalam flight 😂


Touch down bebeh! Muka busuk duduk dalam flight 12/13 jam 

BICESTER VILLAGE
Sampai sampai je Tour guide bawak kami Shopping. Tak jauh beza pun macam JPO MPO MITSUI sama je. Sini banyak butik-butik mewah yang berharga ratusan serta ribuan Ringgit Malaysia tapi harga dia lagi murah berbanding di Malaysia. So kami yang baru touch down ni takde lah semangat mana nak shopping.Jadi kami solat dan bergambar je kat sini.

Kat sini ada Contemplation Room (Bilik Takafur) so bilik ni sebenarnya untuk kegunaan semua penganut. Tapi jelas sekali laa paling banyak digunakan oleh orang islam sebab agama lain tidak mempunyai tuntutan  untuk solat lima waktu seperti kita, tempat ambil wudhuk pun teramatlah selesa.

 Meet Aunty Timah & Uncle Jaafar. Partner travel ibu ayah sebelum ni. 

 Kalau ada masalah or sebarang pertanyaan boleh cari pekerja dia yang pakai baju merah tu. Dia sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda!

Tak dapat pergi Manchester pun takpe laa. Bicester ni pun dah bersyukur

WESTMINSTER ABBEY
Antara gereja yang terkenal di London. Gereja ini amat lah penting dan bersejarah kerana disinilah upacara pertabalan raja-raja British. Untuk pengetahuan juga, gereja inilah berlangsungnya upacara perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011.

 Welcome ~ kalau dah kat overseas tu, dapat bergambar dengan polis pun dah rasa satu kepuasan. HAHAHA

 Family 💖

Kalau nampak belakang kteorang tu ada satu barisan panjang orang nak masuk dalam gereja tu. Panjang gila weh beratur.

BUCKINGHAM PALACE
Merupakan istana kediaman Raja yang memerintah Britain. Katanya kalau ada bendera England berkibar atas tu maknanya ada Queen dalan istana. Tarikan disini adalah Changing of the Guards. Alhamdulillah kami sempat tengok upacara tersebut.

Changing of the Guards. Kalau rajin boleh check schedule pukul brape upacara ni berlangsung. Maklumlah takut tak sempat nak tengok kan dah rugi. 

 Pintu masuk istana

Sekitar Palace. Orang ramai gilaaaa

BIG BEN & TOWER BRIDGE
Atau dikenali sebagai Elizaberth Tower. Menara jam ini menjadi ikon dan landmark kepada Kota London. Menara jam ini terletak dihujung jambatan Palace Westminster atau pun sekarang dikenali sebagai House of Parliment. Merupakan kwasan tumpuan untuk pelancong bergambar tidak kira dalam dan luar negara. Selain BigBen, Tower bridge juga merupakan ikon dan landmark Kota London.

Sayang dunia akhirat 💕

Love your parents. We are so busy growing up, We often forget they are also growing old. Me love both of you!


MALAYSIAN HALL
Dah alang-alang sampai Kota London ni tak lengkap le kalau tak ke Malaysian Hall. So sini korang boleh dapat kan masakan melayu yang paling best kat London. Teh Tarik pun ada. Murah dan sedap (Murah kat sini jangan pandai-pandai convert ke RM okay? kalau tak nak menangis) Kalau dah sampai Malaysian Hall ni korang takkan rindu Malaysia dah. hihihi.


Mana boleh tahan weyy. Kari + sambal belacan 😂

HARRODS
Kalau nak tengok kemeriahan lampu lampu  Harrods boleh pergi waktu malam, tersangatlah cantik(tengok dalam gambar je) disebabkan kakak follow trip yang ada tour guide kena lah ikut schedule yg derang bagi kan. So kalau ikut travel agency susah nak jalan jalan waktu malam. Harrods ni pun salah satu tempat shopping yang famous dekat London. Dulu Harrods ni milik billionaire Mesir Muhammad Al-Fayed ayah kepada Dodi. Dodi ni dulu kekasih Puteri Lady Diana lepas dia bercerai dengan Putera Charles. Meninggal tahun 1997 sebab accident. Tapi Harrods ni sekarang dah jadi milik Qatar Royal Family dijual oleh Al-Fayed pada tahun 2010 kalau tak silap. So design dalam ni ala-ala Egypt style. Cantik! paling famous kat sini perfume. Kalau ada sales tu masyaallah!

Kakak memang tak suka shopping, just masuk tengok dalam jalan jalan kejap, pergi toilet then, keluar enjoy street performance. Best wey! meriahhh ramai je lepak dekat luar Harrods. Oh hati-hati dengan pickpocket!

 Rombongan cik kiah tak sabar nak sedekah duit! 

 Kakak bagi chance. Takpe takpe trip kali ni kakak jadik photographer. hahaha
 So lepas ni bawak kakak pergi Balkan pulek eh? hihihi

Street performance. Time ni dia bawak lagu Justin Bieber. So kakak nyanyi la sekali pastu buat muka terkejut. eh apa? ingat kita tak terror ke nyanyi lagu omputeh!

OXFORD STREET
Tempat paling ditunggu-tunggu untuk kaki shopping. Oxford street dikunjungi 500,000 pengunjung setiap hari dan dikenali sebagai shopping street yang paling sibuk di Eropah. Kalau nak beli barang murah-murah boleh ke Primark. Situ ada banyak baju murah murah. Oh ye bukan baju je ye, seluar bag, kasut dan macam-macam. Ramai pelancong shopping dalam tu. Selain Primark banyak jugak butik-butik sepanjang jalan tu. Swarovski pun ada gais. Sempat la grab jam tangan satu. hiks!

 Kalau nak beli souvenir dekat Oxford Street, kedai ni paling murah. Borong banyak banyak wey. Owner dia pun peramah namatey!


 Ni laa owner kedai tu cantik & Hensem. Bukan tu je Kelakor wey! dia kata dia ada bestfriend kat Malaysia nama Rosmah & Najib. Cetann betul! HAHAHA

Gigih nak amek gambat bas London kaler merah. Sampai hang iphone iolls hahaha 😂

So gais ni je laa cerita pasal trip London. Ada banyak lagi trip tengah beratur ni. Kakak release sikit sikit. Kalau rindu baru sambung cerita. kahkahkah. Busy weyy sekarang ni(busy apa pun tak tahu le) 

So chiaaww dulu. Jumpa next trip. BOIIIII!!!


Thanks for reading 💓