background

EURPOE TRIP (BRUSSELS)

 
 
Selesai jelajahi Kota London kami berangkat ke Brussels & Amsterdam. Kami naik feri di Port Dover merentas selat Inggeris untuk ke Port Calais di France. Perjalanan agak jauh. Setelah sampai di Port Dover, kena turun bas cop passport dan akan ada pegawai kastam naik atas bas untuk scan passport (peramah uolls) Beg pun kena check secara rawak. So mana mana yg terpilih kena la turun untuk diperiksa. Tapi rombongan kami sorang pun tak kena (Alhamdulillah Allah permudahkan & percepatkan urusan) Lepas bas dah masuk dalam feri kami pun turun dan naik ke atas, luas tempat dia sempat jugak laa sis dengan adik jelajah satu feri tu. Ada cafe, ada kedai untuk shopping dan ada tempat main games.

 Ni la feri kami. Bus pun bawak masuk dalam sekali 

 Ruang rehat. sangat luas. ada banyak tingkat. So korang boleh duduk mana port yang korang nak


Perjalanan ke mengambil masa dalam satu jam setengah. Jadi sempat la solat makan dan rehat sambil menikmati pemandangan yang indah gittueew. So aku ngan adik aku jenis tak boleh duduk diam jadi kami ke bahagian atas feri. Makk aiii sejuk namatey gais. angin kuat sangat. Tapi best lepak kat atas tu merasa angin bayu Selat Inggeris gittuuew.


MANNIKEN PIS
Sini salah satu tempat menarik dekat Brussels, patung budak kecil yang terkenal disini. Ada cerita disebalik budak kecik ni. sebenarnya ada banyak version. Tapi aku cuma dengar kisah dongeng Manneken Pis ni seorang budak lelaki bernama Julianske yang membatalkan pihak musuh yang nak bakar bandar Brussels ni, budak kecik ni membuang air kecil di tempat mula mula api dinyalakan. Maka, bandar Brussels ni terselamat la dari terbakar. Haaa cemtu laa kisah nya dan untuk pengetahuan Manneken bermaksud patung & Pis bermaksud kencing.





GRAND PALACE
Grand Palace ni merupakan one of the most beautiful town square in Europe. Cantik sangat bangunan bangunan lama sekitar Brussels ni. Oh dah sampai sini jangan lupa merasa waffle Belgium. sedap sedap semua dan pelbagai rasa & jenis, rugi kalau tak cuba dan jangan lupa juga beli chocolate Belguim. Belguim dan chocolate berpisah tiada gais. sis sempat shopping chocolate untuk officemate. Souvenirs untuk yang tertentu je sebab mahal. kahkahkah

 Waffle Belgium



AUTOMIUM
Dibina sempana Brussels World Fair pada tahun 1958, dibina menyerupai bentuk atom melambang kan tenaga atom bagi kegunaan keamanan dalam Expo tersebut. Ada 9 sfera yang berfungsi sebagai muzium, restoren & anjung tinjau. Boleh masuk dalam kalau nak tapi tak sure berbayar atau tidak sebab kami cuma bergambar dari jauh untuk dapat kan full view atom ni.




kami ke Brussles ni sekejap je. sebab sekali lalu nak ke Amsterdam. So singgah sekejap kemudian kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Next post kiter citer pasal Amsterdam ye. My favorite place ever sepanjang trip. hihhiih. jumpa next post gais. babaii 

EUROPE TRIP (LONDON)

 
 
23032017

Okay gais. Ini trip yang paling kakak tunggu tunggu sepanjang kakak travel tau. Sebab we are goingg to Londonnnnnn Ya Allah tak sangka dapat peluang ke negara Eropah. 

Dan kakak pun first time travel naik flight berejam jam. adudududu time pergi Australia pun kematu montot 7/8 jam ini kan 12/13 jam. Kakak naik Qatar Airways so dapat transit 2jam dekat Doha boleh le lurus pinggang sat. Kalau yang tak suka transit tu boleh je naik flight direct KL ke London contoh MAS, sebab ada stengah orang tak suka transit leceh & kelam kabut. Tapi kakak suka transit dapat cuci mata nengok pak arab hencem hencem. HAHAHA

Service Qatar Airways sangat memuaskan layanan bertaraf lima bintang dari cabin crew walaupun kau duduk business class. Makanan pun sedap sedap. Ohh flight kami malam tapi kakak ngan adik kakak tak rasa nak tidur pun sebab eksited plus ada Wifi, Movies & Games yang best. Movie pun semua yg latest. Wiwiwiwiwiwi

 Lets gooo ~ Bismillah

 Muka barai tak nak boleh tidur dalam flight 😂


Touch down bebeh! Muka busuk duduk dalam flight 12/13 jam 

BICESTER VILLAGE
Sampai sampai je Tour guide bawak kami Shopping. Tak jauh beza pun macam JPO MPO MITSUI sama je. Sini banyak butik-butik mewah yang berharga ratusan serta ribuan Ringgit Malaysia tapi harga dia lagi murah berbanding di Malaysia. So kami yang baru touch down ni takde lah semangat mana nak shopping.Jadi kami solat dan bergambar je kat sini.

Kat sini ada Contemplation Room (Bilik Takafur) so bilik ni sebenarnya untuk kegunaan semua penganut. Tapi jelas sekali laa paling banyak digunakan oleh orang islam sebab agama lain tidak mempunyai tuntutan  untuk solat lima waktu seperti kita, tempat ambil wudhuk pun teramatlah selesa.

 Meet Aunty Timah & Uncle Jaafar. Partner travel ibu ayah sebelum ni. 

 Kalau ada masalah or sebarang pertanyaan boleh cari pekerja dia yang pakai baju merah tu. Dia sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda!

Tak dapat pergi Manchester pun takpe laa. Bicester ni pun dah bersyukur

WESTMINSTER ABBEY
Antara gereja yang terkenal di London. Gereja ini amat lah penting dan bersejarah kerana disinilah upacara pertabalan raja-raja British. Untuk pengetahuan juga, gereja inilah berlangsungnya upacara perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011.

 Welcome ~ kalau dah kat overseas tu, dapat bergambar dengan polis pun dah rasa satu kepuasan. HAHAHA

 Family 💖

Kalau nampak belakang kteorang tu ada satu barisan panjang orang nak masuk dalam gereja tu. Panjang gila weh beratur.

BUCKINGHAM PALACE
Merupakan istana kediaman Raja yang memerintah Britain. Katanya kalau ada bendera England berkibar atas tu maknanya ada Queen dalan istana. Tarikan disini adalah Changing of the Guards. Alhamdulillah kami sempat tengok upacara tersebut.

Changing of the Guards. Kalau rajin boleh check schedule pukul brape upacara ni berlangsung. Maklumlah takut tak sempat nak tengok kan dah rugi. 

 Pintu masuk istana

Sekitar Palace. Orang ramai gilaaaa

BIG BEN & TOWER BRIDGE
Atau dikenali sebagai Elizaberth Tower. Menara jam ini menjadi ikon dan landmark kepada Kota London. Menara jam ini terletak dihujung jambatan Palace Westminster atau pun sekarang dikenali sebagai House of Parliment. Merupakan kwasan tumpuan untuk pelancong bergambar tidak kira dalam dan luar negara. Selain BigBen, Tower bridge juga merupakan ikon dan landmark Kota London.

Sayang dunia akhirat 💕

Love your parents. We are so busy growing up, We often forget they are also growing old. Me love both of you!


MALAYSIAN HALL
Dah alang-alang sampai Kota London ni tak lengkap le kalau tak ke Malaysian Hall. So sini korang boleh dapat kan masakan melayu yang paling best kat London. Teh Tarik pun ada. Murah dan sedap (Murah kat sini jangan pandai-pandai convert ke RM okay? kalau tak nak menangis) Kalau dah sampai Malaysian Hall ni korang takkan rindu Malaysia dah. hihihi.


Mana boleh tahan weyy. Kari + sambal belacan 😂

HARRODS
Kalau nak tengok kemeriahan lampu lampu  Harrods boleh pergi waktu malam, tersangatlah cantik(tengok dalam gambar je) disebabkan kakak follow trip yang ada tour guide kena lah ikut schedule yg derang bagi kan. So kalau ikut travel agency susah nak jalan jalan waktu malam. Harrods ni pun salah satu tempat shopping yang famous dekat London. Dulu Harrods ni milik billionaire Mesir Muhammad Al-Fayed ayah kepada Dodi. Dodi ni dulu kekasih Puteri Lady Diana lepas dia bercerai dengan Putera Charles. Meninggal tahun 1997 sebab accident. Tapi Harrods ni sekarang dah jadi milik Qatar Royal Family dijual oleh Al-Fayed pada tahun 2010 kalau tak silap. So design dalam ni ala-ala Egypt style. Cantik! paling famous kat sini perfume. Kalau ada sales tu masyaallah!

Kakak memang tak suka shopping, just masuk tengok dalam jalan jalan kejap, pergi toilet then, keluar enjoy street performance. Best wey! meriahhh ramai je lepak dekat luar Harrods. Oh hati-hati dengan pickpocket!

 Rombongan cik kiah tak sabar nak sedekah duit! 

 Kakak bagi chance. Takpe takpe trip kali ni kakak jadik photographer. hahaha
 So lepas ni bawak kakak pergi Balkan pulek eh? hihihi

Street performance. Time ni dia bawak lagu Justin Bieber. So kakak nyanyi la sekali pastu buat muka terkejut. eh apa? ingat kita tak terror ke nyanyi lagu omputeh!

OXFORD STREET
Tempat paling ditunggu-tunggu untuk kaki shopping. Oxford street dikunjungi 500,000 pengunjung setiap hari dan dikenali sebagai shopping street yang paling sibuk di Eropah. Kalau nak beli barang murah-murah boleh ke Primark. Situ ada banyak baju murah murah. Oh ye bukan baju je ye, seluar bag, kasut dan macam-macam. Ramai pelancong shopping dalam tu. Selain Primark banyak jugak butik-butik sepanjang jalan tu. Swarovski pun ada gais. Sempat la grab jam tangan satu. hiks!

 Kalau nak beli souvenir dekat Oxford Street, kedai ni paling murah. Borong banyak banyak wey. Owner dia pun peramah namatey!


 Ni laa owner kedai tu cantik & Hensem. Bukan tu je Kelakor wey! dia kata dia ada bestfriend kat Malaysia nama Rosmah & Najib. Cetann betul! HAHAHA

Gigih nak amek gambat bas London kaler merah. Sampai hang iphone iolls hahaha 😂

So gais ni je laa cerita pasal trip London. Ada banyak lagi trip tengah beratur ni. Kakak release sikit sikit. Kalau rindu baru sambung cerita. kahkahkah. Busy weyy sekarang ni(busy apa pun tak tahu le) 

So chiaaww dulu. Jumpa next trip. BOIIIII!!!


Thanks for reading 💓




 
 

AKU DIAM

Ada kalanya diam itu lebih baik dari bersuara.
Diamku bukan kerana aku takut.
Diamku bukan kerana aku kalah.
Diamku bukan kerana aku pasrah.
Diamku bukan kerana lelah.
Diamku juga bukan kerana marah.
Tapi diamku hanya kerana,
Aku rasa itu yang sebaiknya.
Tiada hati yang kecewa.
Tiada hati yang terasa
Andainya aku bersuara

We're not close anymore,
But I'll be here if you need me.

I don't hate you.
I'm just disappointed you turned into everything you said you'd never be.

Abang Kita Kahwin

 
 
Hi semuaa, Sebenarnya ada hutang entry Europe trip haritu, tapi memandangkan wedding abang ni before trip so why not kita cerita dulu wedding abang. Alhamdulillah, 5 March 2017 abang sah menjadi suami kepada Nur Anati Najwa aka my sister in law. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rombongan seramai tak tahu la berapa ramai sebab tak sempat kira. hahahahhaha. Agak ramai laa sebab mostly family belah ibu stay area KL & Selangor je. Ouh ye wife abang orang KL je orang Sentul dekat nauu jumpa jodoh abang ni. apa rahsia? nanti raya tak gaduh nak balik mana dulu sebab memasing still kat KL. Hiks!
 
 Abang aku ni kau tengok je macam ni, tapi sebenarnya he know what he's doing. Dia ni berprinsip (walaupun suka tengok bola tengah malam dan bangun lambat) But in the end He nailed it. haha!
Alhamdulillah dengan dua kali lafaz derang dah sah jadi suami isteri. yeay yeayy i dapat kakak ipar 

Meet my extended family on my mom's side
 
  Meet my extended family on my father's side. Thanks datang jejauh dari Kuala Perlis ❤
 
  11 March 2017 pulak majlis sambut menantu. Ini adalah kenduri kahwin yang pertama dalam family kecil aku. So macam risau jugak laa untuk kenduri ni. Cukup ke makanan untuk tetamu? goodies bag okay tak? muat ke dewan ni dan macam-macam lagi persoalan yang ada. But Alhamdulillah everything went well and smooth. yaeyy we made it! walaupun lepas majlis aku terbongkang letih namatey haha!
 
Yes bab mengada ngada macam ni serah laa pada aku. Semua Family kena pakai baru nampak comel. Suka tau design dia korang boleh dapat kat instagram Sugarink.co Boleh tempah banyak-banyak siap boleh custom made ikut design and warna yang kita suka 

Finally Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan abang and Najwa. Terima kasih yang sudi datang. Minta maaf kalau ada terlepas pandang, telupa nak jemput. Maklumlah kenduri yang pertama. Banyak kekurangan yang perlu di baiki.
 
Terima kasih banyak buat makcik pakcik cousin semua yang banyak membantu kami. Meringankan tulang sepanjang majlis berlangsung. Thank you so much!
 
 Maceh Sisterhood & Ohana datang kenduri abang kiter
 
Dulu berlima, sekarang berenam. Insyaallah lepas ni bertujuh berlapan bersembilan bersepuluh dan seterusnyaa hihihi
 
 
P/S : Congrats abang and Najwa(we olls sebaya) Cecepat make beautifull baby. Ibu ayah tak sabar nak ada cucu haha! So sekarang ni kat rumah dah ada satu lagi perempuan selain ibu. Welcome to our family SIL
 

PERLU

Aku pernah terlampau paksa untuk aku  teruskan hidup dan jangan ingatkan dia lagi.Aku terlalu memaksa hati. Maafkan aku wahai hati, aku bertindak kejam terhadap kau.

Jujurnya segalanye perlu kan masa. Kau tak boleh harini kau lepaskan dia esok kau  boleh lupakan dia. Itu mengarut dan mustahil. Segalanya perlukan masa. Luka kat tangan pun perlukan masa untuk tutup dan hilang pedih, nikan hati ngan jiwa seorang manusia

Jangan terlampau paksa untuk move on, berilah dia masa untuk menerima, untuk faham dan akhirnya nanti  percayalah dia akan bergerak sendiri, tersenyum semula dan ketawa tanpa perlu paksa seperti dulu

Cuma bila aku cakap beri masa, takdelah sampai berpuluh puluh tahun kau kena macam tu. Cuba perlahan lahan. Kalau dulu kau tak boleh pergi tempat kau dating dulu, harini cuba kau lawan dan pergi tempat tu. Cuba dan beri masa, cuba sampai hati kau mula jitu gitchewwww!

Yang lama, biarlah lama.
Yang di hadapan, itu yang perlu kau jaga sebenarnya

Oceyy!?
Be strong :)