background

FAKTA ANAK KEDUA

Okayy, sape sini anak kedua? Sep sikit! kiter geng. Hihihihih Sejak dua menjak ni ramai share fakta anak nombor satu la nombor dua la bongsu laa. So, disebabkan aku anak kedua. Aku share sikit pasal perangai anak kedua je hiks! Lets cikidauttt
 
1. Senang memaafkan orang
Ehem. Kalau ikut kan betul la sebab kadang tu aku jenis kalau orang buat aku, aku malas nak amek port lelama. Mungkin aku maafkan dia tapi aku tak mau amek peduli dah pasal dia lepas tu. 

2. Garang macam Harimau tapi pada sesetengah orang
Hihihihi ramai cakap aku garang. Kadang tu aku rasa aku cakap elok je.. orang kata aku garang. Haihh memang nasib anak kedua ke macam mana ni? hahaha

3. Kalau gelak tak ingat dunia
Yang ni tak boleh nafikan. Aku jenis gelak tak pernah nak cover. yang aku risau ni kalau gelak depan bakal mak mertua kena reject tak agak agak. Hihihihi

4. Sensitif dan hati lembut
Paling aku benci yang ni. Tak tau kenapa la hati ni sensitif sangat, kaki sentap pun ye jugak kadang tu hehehe. Kadang kalau orang tegur silap aku sendiri aku dah menanges Mengada betul. tu belum lagi kalau tengok drama sedih sorang sorang. Meleleh leleh ayaq mata nu.. -_-

5. Ramai peminat
Mana ada peminat. Kau ingat aku retis ke. Musuh lagi ramai rasanyaa. HAHAHAHA

6. Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya
Semua orang pun suka kalau ada orang amek berat pasal diri dia kan. Sama laa kiter. Rasa macam ada orang jaga kiter betul betul. Dear Boyfriend, tolong jangan terlampau caring. Nanti kalau hubungan tak menjadi jenuh I nak lupakan you. Hahahaha ( K tipu doakan la aku kekal kali ni. Penat la nak mula dari mula balik.. HIHIHI :) )

7. Sukar melupakan orang yang dia sayang
Haa kan aku dah cakap. jenuh weyyy nak lupakan orang yang kita sayang. Satu cara je aku nak lupakan. Medekatkan diri pada Allah (gittewww ayat kau. hahaha) tak pun selalu nya aku makan. kbye!
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai
Taklah. Hakak biasa biasa je dik. Mana ada jadik tumpuan orang ramai. tipu jee nih

9. Senyum tetap dibibir walaupun sedang sedih
Yes! senyuman tu senjata aku. Senyum laa sampai mata hilang. Ouhh sekarang ni kalau aku post gambaq mesti ada orang komen pasal mata. K takpe fine fine fine!

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya
Mana boleh lupa kawan kawan lama. Lagi lagi kawan yang selalu buli kau tu mana boleh lupa. Hahahaha

11. Romantik dan penyayang
Romantik? tak pernah nampak lagi aku ni romantik lagipun nak romantik ngan sape pun aku tak tau. hihihi
Penyayang? mesti laa..semorang aku sayang :)

12. Manja dan pemurah hati
Manja dengan orang tertentu je!

13. Peramah
Peramah la dekat orang yang aku kenal. yang tak kenal sepatah kau tanya sepatah la aku jawab.

14. Takut gelap
Masyaallah mana tau ni. Aku memang takut gelap. Nak tido pun kena buka lampu tidur. Kalau gelap sangat aku takleh tidur.

15. Kaki Shopping dan suka melancong
Kaki shopping? Tak jugak laa window shopping pun tak. Aku jenis dah set dalam otak nak beli apa pastu pergi kedai belek belek, kalau minat amek kalau tak chaww. and yes aku suka melancong

16. Suka memasak dan bagi orang makan masakannya
So far kalau aku masak aku je la yang makan. hahahah belum sampai masa nak kasi orang makan. Risau weyy. hahahaha

17. Rajin
Betul 100% . K tipu. Macam kau jugak laa kalau rajin, rajin je laa kalau malas tu mandi pun tak kannn! hahahah

18. Nak tahu merajuk ke tak senang je kalau diam tu tanda merajuk
Halahh belum pernah lagi aku dengar orang merajuk bising. Hihihih.zaman sekarang tak la diam mana pun kalau merajuk. Paling kuat pun reply K tau dah yang kau merajuk ;P

19. Kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan ditolong
Insyaallah. Selagi mampu aku akan tolong orang dalam kesusahan. 

20. Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati
hmmm.. hmm. malas nak komen. hahaha bye!

Haaa apa? Nak kata kebanyakan semua atas ni betul lettuww. Hahaha tapi bagi aku memang pun. Alahhh masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing masing. So mana yang helok simpan. yang tak helok tu helok kan la ye. Okay sampai sini je. babaiii assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment