background

TRIP TO KOREA 2014 PART 3

4. PASAR NORYANGJIN
 
Kat pasar ni laa paling banyak makanan halal, sebab semuanya seafood. HIHIHIHI. Makanan laut dia fresh gila walaupun pasar ni ada kat seoul. Kita boleh beli seafood kat sini pastu cari laa kedai makan kat situ untuk masak. Boleh request rebus/grill/steam. kita bayar upah dorang masak. nasi pun boleh cedok sendiri. Macam sis ari tu bawak sos dari malaysia, bekas kecik laaa.. hahaha pastu cecah pergghhhhh sedappppp.. terliur sampai sekarang teringat. Kerang, Udang, Sotong, Ketam semua besar besar. Harga kat sini pun boleh tawar menawar. Korang cakap je "kaka juseyo" banyak kali. Confirm laa dapat murah. 
 
 
 
 
 
salah satu kedai yang kami pilih
 
 
5. GYEOGBOKGUNG PALACE
 
Ni istana dorang dulu dulu. Sebenarnye sis tak minat sangat lawatan tempat tempat istana ni. Tapi kalau setakat baca history sikit sikit tu boleh laa.. hahahah.. Kat sini kita boleh tengok laa peralatan lama dorang, bangunan lama, pakaian askar askar lama macam macam lagi la. Sini ada performance tau.. kita boleh tengok. tapi ada masa masa dia. Bayaran pulak 2,400 Won. Kalau korang minat sejarah lama boleh datang sini. Kalau tak minat pun singgah laa kejap  amik gambar, tengok show, pastu chawwwww.. hihihi
 
Macam kteowrang hari tu nak cepat, lepas pergi palace ni lintas je jalan besar terus jumpa GWANGHWAMUN SQUARE kat sini ada patung King Sejong. Besar gadang weyy. City Hunter pun ada buat pengambaran kat. Sape yang tek pernah tengok pergi la tengok. best taw. Kat bawah laluan ni ada musuem jugak,dalam tu dia banyak cerita pasal King Sejong. Kat situ jugak kita boleh tulis nama kita dalam Korea. Free okayy rugi kalau tak pergi.
 
HARGA TIKET GYEOGBOKGUNG PALACE
2,400 WON
depan pintu masuk palace
wajib amek gambar King Sejong nih. baru orang tau kau datang korea. hihihi
dapat tulis nama dalam tulisan korea. lepas dah siap korang boleh tampal kat belakang tu atau bawak balik. Sis bawak balik. simpan buat kenangan

 
 Haaa nampak belakang tu pintu masuk palace dekat je tempat King Sejong. Lintas je dah sampai
 
okayy sampai sini je trip ke korea sis on September 2014. Okbaiiii
 
 

No comments:

Post a Comment