background

TRIP KE KOREA 2014


Ya Allah lama gilaaa sis tinggal kan blog ni. hahahahah. tak tahu la mimpi menda arini nak menaip. tengah bosan mungkin, hihihi.. okayy since last cerita pun awal tahun 2014. sis pun nak cerita trip sis dalam 2014. alahh satu trip je pun.. ke mana?? KOREA weyy.. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit tu dapat jejak kaki ke korea. Seminggu jugak trip ke sana, tapi tak puas.. silap pilih musim lak tuu hahahahahahah.. pergi time September. Musim Panas weyyy.. Malaysia ni pun dah cukup panas. Tapi takpe lah asal kan dapat jejak kaki ke sana ye dok.

Trip ni pun takde laa follow agent pun.. hire student Malaysia je. Murah. Kamon laaa buat apa nak mahal mahal.. hihi.. flight pun airasia je.. tempat tinggal pun takde la hotel bertaraf 5/4 bintang. cukup laa sekadar guest house 3 bintang. Jangan risau service dia tiptop. tempat dia pun bersih. ada dapur, tv, wifi dan macam macam lagi. Penginapan sis dulu dekat GO KOREA GUEST HOUSE. Sumpah macam 5 ***** tau bilik dia.

Disebab kan trip ni 2014, aku ringkas kan je laa.. mana sis pergi. Well tempat shopping sebenarnye banyak kat sana, tapi sis pergi empat ni je. tempat tarikan pelancong.



Namdaemun market biasanya membeli  souvenir seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch. Harga boleh tahan murah. Kalau kau dah main harga dengan jurujual kat situ make sure kau jadi beli ye.. kau jangan takut dorang kalau main tawar enawar memang macam nak gaduh. tapi make sure kau jadi beli laa memang siap laa kau dengan Ahjuma/Ajushi sana :D
Myeongdong Shopping Street terletak Betul-betul di tengah-tengah bandaraya Seoul, Tempat Ini sentiasa dikunjungi pelancong. Barang pun agak mahal. Tengah bandar kot.. sape sape nak beli barang comestik, haaa nin dia syurga dia.. kalau beli banyak dapat laa murah. rituu sis beli mask je.. sis mana reti make up. hihihi.. keluar pergi kerja pun tak pakai bedak. bogel je muka ni. haihh laa bila nak berubah nih. Ouhh yee.. tempat ni dekat sangat dengan guest house kitaorang. jalan kaki je 5 minit sampai.
Gwanjang Market  menjual  Kain Seperti  Korean silk atau Korean Cotton, tempat ini adalah Syurga Fabric yang harus korang pergi. Hari tu sis beli kain macam hanbok tu tapi buat baju kurung. kain dia lawa lawa. tapi panas sikit laa kalau pakai kat Malaysia.. hehehe
Insadong Market kalau korang suka  budaya dan karya seni,  Korang patut  melawat ke Insadong. Insadong terkenal dengan kedai-kedai yang menjual Pelbagai Barangan  kraftangan asli Korea seperti Hanbok,lukisan dan Barang-barang Antik, kat sini jugak jual kuih tradisianal korea. Sis beli kuih tu jee.. sedap.. sis tak minat sangat barang barang seni or antik ni. tu beli kuih jee. 
So sis rasa sampai sini je laa dulu. konon nak ringkas kan. tapi macam dah banyak je nak cerita. hahahaha.. okayy jumpa nanti baiiiii 




so ini la guest house sis duduk. Very the korea tau. Omeyy sangat muat la untuk dua or 3 orang duduk. Tido kat bawah. Jangan risau tak sakit badan pun selesaaaaaaa sangattt. kalau musim winter dorang ada heater kat lantai. Pekerja dia pun  banyak tolong kteowang.. baik, peramah gituu.


video

ni pulak video orang korea cakap melayu. fasih kemain 









No comments:

Post a Comment