background

Trip Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

 
 
Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu
Sun , 6 November 2016

Haa baru nak updated hari ni. Ingat nak genap setahun baru cerita. Iolss busy uollsss!
Okay trip Sg Chilling kali ni salah satu program outing company sis.
Dah nak 3 tahun kerja baru first time ada outing cenggini. HAHAHA

So Ahad tu kena laa bangun awal pagi. Takut ramai orang.
Sg Chilling bukak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8am till 6pm je okay guys.

Air terjun Sg Chilling ni dikatakan antara air terjun tercantik di Negeri Selangor dan merupakan santuari ikan kelah di bawah jagaan jabatan perikanan. Disebabkan sini tempah pemuliharaan ikan kelah, so tak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing kan sini. okay? Nak pancing awek takpe macam member aku sorang tu laju je pasang umpan. hahahahaha


Sampai je entrance korang boleh parking je tepi tepi jalan or tempat paking yang tersedia betul betul depan pintu masuk Sg Chilling. Lepas tu dari entrance kena jalan sikit untuk ke kawasan lapang macam gambar atas ni. So kat sini baru la ada tandas, surau, kaunter pendaftaran dan bayaran (RM3 seorang if tak silap) dan kawasan tu jugak ada tapak perkhemahan & spot untuk picnic.


Nak ke air terjun korang kena melintasi 6 anak sungai. Lintasan pertama je ada jambatan gantung. yang lain kena get ready laa untuk berendam. Paras air pun ada yang paras lutut je and ada jugak yang paras atas pinggang. So yang jenis ketinggian terbantut tu hangpa get ready je la air pun agak deras. So please berhati-hati.


So yeahh! lepas jambatan gantung tu bermula lah pengembaraan yang sebenar. Perjalanan lebih kurang memakan masa 40 minit ke 60 minit(bergantung pada stamina) Kena jalan dalam hutan, ada kawasan berlecak, kawasan berbatu, kawasan berbukit, pendek kata bentuk muka bumi sepanjang perjalan ke waterfall tu berlainan laa..


Baiklah. Setelah onak duri serta ranjau yang mencabar, sampai jugak kami ke kawasan air terjun Sg Chlling. Orang tak la ramai mana mungkin sebab hari ahad kot.  So aku rasa kawasan tu penuh dengan staff Gussman je. hiks!


Oh ye Sg Chilling ni merupakan kawasan santuari ikan. So kita boleh beli makanan ikan dekat pintu masuk tu. Jinak okay ikan ikan ni. pantang kalau kau duduk diam beramai ramai dia mai kat kau nanti. Okay sis teruja sebenarnya sebab sis ni kan jenis takut dengan semua binatang. hahahaha rasa macam dikerumuni peminat gittcchhewww!


Sempat jugak la snap moment dengan favorite people kat gussman. Sisterhood and Ohana. Thanks uolls yang selalu menceriakan hari hari I kat office. wiwiwiwiwiwi

Ok! Selepas hampir sejam dua mandi-manda, kami pun berjungle trekking kembali ke entrace Sg Chilling. Trek yang sama okay so tak mencabar mana sebab kau dah tahu trek tu. hihihi. Apa pun thanks Gussmann team yang buat outing tahun ni. Tahun depan buat lagi okay. bawak pergi bercuti ke Pulau pulak ke. hahahahaha

Okay babaii semuaaaa
Jumpa lagik!
Muahcikeed!




AMBIL TISU

 
 
Alasan bodoh apa yang kau bagi ni?
Mahu bergerak solo?
Kerana aku terlampau baik?

Aku masih tak paham.
Oh! baru aku tahu, Baik tu satu masalah.
Atau otak kau yang bermasalah.
Ridiculous. 

Orang selalu cakap,
Cari yang cinta kita,
baru dia akan sentiasa disisi kita
.

Salah rupanya.
Yang betul.

Cari yang cinta Allah,
baru dia akan cinta kita semoleknya.

Kau tahu kenapa kau sakit sangat?
Sebab kau lawan sorang sorang.
Sebab tu kau cepat rebah.

Aku tahu sakit.
Aku tahu pedih.
Aku tahu rindu.

SABAR.
Ini bahagian kau.
Allah bagi kat kau sebab Dia tahu kau mampu.
Sudah, kesat air mata tu.
Pergi ambil tisu.

FAKTA ANAK KEDUA

Okayy, sape sini anak kedua? Sep sikit! kiter geng. Hihihihih Sejak dua menjak ni ramai share fakta anak nombor satu la nombor dua la bongsu laa. So, disebabkan aku anak kedua. Aku share sikit pasal perangai anak kedua je hiks! Lets cikidauttt
 
1. Senang memaafkan orang
Ehem. Kalau ikut kan betul la sebab kadang tu aku jenis kalau orang buat aku, aku malas nak amek port lelama. Mungkin aku maafkan dia tapi aku tak mau amek peduli dah pasal dia lepas tu. 

2. Garang macam Harimau tapi pada sesetengah orang
Hihihihi ramai cakap aku garang. Kadang tu aku rasa aku cakap elok je.. orang kata aku garang. Haihh memang nasib anak kedua ke macam mana ni? hahaha

3. Kalau gelak tak ingat dunia
Yang ni tak boleh nafikan. Aku jenis gelak tak pernah nak cover. yang aku risau ni kalau gelak depan bakal mak mertua kena reject tak agak agak. Hihihihi

4. Sensitif dan hati lembut
Paling aku benci yang ni. Tak tau kenapa la hati ni sensitif sangat, kaki sentap pun ye jugak kadang tu hehehe. Kadang kalau orang tegur silap aku sendiri aku dah menanges Mengada betul. tu belum lagi kalau tengok drama sedih sorang sorang. Meleleh leleh ayaq mata nu.. -_-

5. Ramai peminat
Mana ada peminat. Kau ingat aku retis ke. Musuh lagi ramai rasanyaa. HAHAHAHA

6. Mudah menyayangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya
Semua orang pun suka kalau ada orang amek berat pasal diri dia kan. Sama laa kiter. Rasa macam ada orang jaga kiter betul betul. Dear Boyfriend, tolong jangan terlampau caring. Nanti kalau hubungan tak menjadi jenuh I nak lupakan you. Hahahaha ( K tipu doakan la aku kekal kali ni. Penat la nak mula dari mula balik.. HIHIHI :) )

7. Sukar melupakan orang yang dia sayang
Haa kan aku dah cakap. jenuh weyyy nak lupakan orang yang kita sayang. Satu cara je aku nak lupakan. Medekatkan diri pada Allah (gittewww ayat kau. hahaha) tak pun selalu nya aku makan. kbye!
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai
Taklah. Hakak biasa biasa je dik. Mana ada jadik tumpuan orang ramai. tipu jee nih

9. Senyum tetap dibibir walaupun sedang sedih
Yes! senyuman tu senjata aku. Senyum laa sampai mata hilang. Ouhh sekarang ni kalau aku post gambaq mesti ada orang komen pasal mata. K takpe fine fine fine!

10. Sentiasa mengingati kawan lamanya
Mana boleh lupa kawan kawan lama. Lagi lagi kawan yang selalu buli kau tu mana boleh lupa. Hahahaha

11. Romantik dan penyayang
Romantik? tak pernah nampak lagi aku ni romantik lagipun nak romantik ngan sape pun aku tak tau. hihihi
Penyayang? mesti laa..semorang aku sayang :)

12. Manja dan pemurah hati
Manja dengan orang tertentu je!

13. Peramah
Peramah la dekat orang yang aku kenal. yang tak kenal sepatah kau tanya sepatah la aku jawab.

14. Takut gelap
Masyaallah mana tau ni. Aku memang takut gelap. Nak tido pun kena buka lampu tidur. Kalau gelap sangat aku takleh tidur.

15. Kaki Shopping dan suka melancong
Kaki shopping? Tak jugak laa window shopping pun tak. Aku jenis dah set dalam otak nak beli apa pastu pergi kedai belek belek, kalau minat amek kalau tak chaww. and yes aku suka melancong

16. Suka memasak dan bagi orang makan masakannya
So far kalau aku masak aku je la yang makan. hahahah belum sampai masa nak kasi orang makan. Risau weyy. hahahaha

17. Rajin
Betul 100% . K tipu. Macam kau jugak laa kalau rajin, rajin je laa kalau malas tu mandi pun tak kannn! hahahah

18. Nak tahu merajuk ke tak senang je kalau diam tu tanda merajuk
Halahh belum pernah lagi aku dengar orang merajuk bising. Hihihih.zaman sekarang tak la diam mana pun kalau merajuk. Paling kuat pun reply K tau dah yang kau merajuk ;P

19. Kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan ditolong
Insyaallah. Selagi mampu aku akan tolong orang dalam kesusahan. 

20. Kalau tengah tidur senang je nak kejutkan sebab tak tidur mati
hmmm.. hmm. malas nak komen. hahaha bye!

Haaa apa? Nak kata kebanyakan semua atas ni betul lettuww. Hahaha tapi bagi aku memang pun. Alahhh masing masing ada kelebihan dan kekurangan masing masing. So mana yang helok simpan. yang tak helok tu helok kan la ye. Okay sampai sini je. babaiii assalamualaikum!

SELAMAT HARI RAYA 2016

I hope it's not too late for me too wish everyone , happy eid mubarak and I'm sorry from head to toe for any wrong doings . May this Syawal bring more joy and happiness with your loved ones :)

P/S ; Nak duit raya mai rumah! hihihihi

Melbourne Trip 2016

 
 Selamat berpuasa guys. Okay sis nak continue trip sis ke Melbourne hari tu. Sis taknak cerita pasal itinerary sebab macam buat diari Ini pun dah makan masa dekat sebulan nak bercerita. Hakak busy uollsss lepas cuti seminggu rituh. Bawah ni list tempat yang patut korang pergi bila dah sampai Melborne okay. Jommmmmm tengokkkk

1) PUFFING BILLY TRAIN
Kalau nak merasa ketapi lelama keluar asap, bunyik hon, bunyik loceng haa sini laa tempat nya. Laluan dia pun dalam hutan so sangat nyaman udara dia dan sejukkk. Coach dia pun very old school tapi cantik laaa itu laa uniknya Puffing Billy ni. Dia ada beberapa station so korang boleh pilih nak benti dekat station mana ya. ohh ya korang boleh check harga masuk dan jadual train tu dekat SINI better korang amek tau laa jadual train sini. takde laa buang masa korang nanti

HARGA TIKET 
ADULT $43 , CHILD $21


 Station dia pun nampak oldschool. Tapi cantikkkk!

 Gerabaks.


Subahanallah! Pemandangan? Breathtaking!! udara? Nyamannnn!!

Chooo Choo Choo!

Okay, untuk makluman korang boleh bersidai kaki kat luar tingkap tu ye. Takde sape marah. Silaa lah bersidai reramai

Dalam gerabaks!

Okay sementara tunggu train balik, kteorang sempat laa singgah kampung kat seberang station ni. Tak sure boleh masuk ke tak sebenarnya. sebab berpagar. Tapi weolls redah je. Hihihihi

2) BRIGHTON BATHING BOXES

Bagi korang yang teringin nak bercuti ke Melborne, mungkin Brighton bathing boxes ni salah satu tempat bucket list yang korang nak melawat Sebab apa? haaaaa sini laaa letak nya rumah kotak warna warni kat tepi pandai. Gambar rumah kotak kotak ni macam icon Melbourne itself laa sebab kalau tengok peta or mana mana buku panduan Melbourne ni mesti ada gambar Bathing boxes ni. Kalau korang nak tau bathing box ni macam summer chalet dan semuanya dah ada pemilik. Masuk percuma guys. Kalau bawak kenderaan silalah bayar parking tak mahal mana pun daripada kau dapat surat saman. membazir duit je kena bayar nanti.hiks!

 New adik beradik


2 orang yang selalu masuk air -_-

 
Penaja utama. Hihihihi
 
 Gigih laa melompat sesejuk. Sape ngajorrrr nih

3) CHOCOLATE FACTORY

Hari tu sis tak masuk dalam factory ni. Cuma pergi kedai dia dengan toilet. hahaha. dorang kata best. siap ada game dalam tu. kalau menang dapat cekelat free. Rasanya dekat youtube ada kot video video pengunjung nih upload. So korang boleh tengok ada apa dalam tu. Rasa menyesal pulak tak masuk ritu sebab macam rushing nak lunch and solat. Takpe laa cekelat je pun takde apaa (pasrah habis) ouhh yee dalam ni ada kedai makanan halal. Masakan india. kata nya portion pun banyak. puas hati makan. berbaloi dengan harga. hihihih. sis tak makan pun sebab dah masak dalam caravan. itu laa gunanyaaa ada caravan. hahahahah

HARGA TIKET
ADULT $15 , CHILD $10

Beli chocolate je. tak masuk pun, Boleh laa buat modai gambaq ni kalau depa tanya pernah p tak chocolate factory? hihi

4) THE NOBBIES

Katanya kat sini boleh tengok rumah pengiun Tapi takde laa penguin nye depa balik time magrib. hihihi so kami saja habiskan masa dengan bergambar sampai magrib sebab lepas ni nak pergi tengok penguin terkedek kedek balik rumah. Rugi kalau tak singgah memang lawaaa tempat dia.

bersama Penaja :D



5) PENGUIN PARADE

Okayy sinilah korang boleh tengok penguin balik rumah. Ada dua bayaran first class & Second class. Aku amek class biasa je laa nampak jugak bayang bayang penguin. Kalau first class tu rasanya lagi dekat ngan penguin. Ye, penguin balik time senja gelap. dan tak ada lampu ye. Camera flash pun tak dibenarkan agar penguin tak rasa terancam. Sis ni dah laa rabun ayam. Sekor penguin pun tak nampakkkkkk menyesal tak sudah malam tu, hahahaa..

HARGA TIKET
ADULT $25.10 , CHILD 12.50
 p/s : Sis hampir nak dapat harga child. Pekerja tu cakap muka iolls macam bawah umur. kahkahkah 

Time ni silalah duduk ditempat yang disediakan dan tunggu laa sampai matahari jatuh baru laa korang akan nampak penguin naik darat balik ke rumah


6) WARROOK CATTLE FARM

Sini korang boleh tengok kambing biri biri kena cukur dengan pasrah nya. Kau jugak boleh tengok seekor anjing bekerja keras mengawal kambing kambing dalam kandang. pastu boleh bagi lembu & kambing minum susu, perah susu lembu. bagi kangaroo makan. tengok wombat & koala. haaa macam macam lagi. Okay kalau korang nak tau kambing biri biri ni bercukur setahun sekali je and bulu kambing ni jugak ada gred gred dia. Selalu nya kalau gred biasa ni dorang buat sweater, socks and blanket. yang kasar & panjang sikit boleh laa buat carpet. Seekor kambing ni boleh produce dalam 4kg wool. pehh!

Kat sini juga korang boleh makan scone & Kangaroo pie yang halal. scone tu aku tak minat sangat tapi cream cheese dia sedappp weyyy. Kangaroo pie tu punn hmmmm okay laa boleh laa takat nak merasa, hahahaha. Sis kurang minat. Sedap lagi pie chicken mushroom dia. yumss! teringatttt pulekk

 HARGA TIKET
ADULT $25 , CHILD $12.50 

Yess! We olls naik truck ni untuk bergerak satu tempat ke satu tempat dalam farm nih. Old Macdonald had a farm sangattt!


Disebabkan sis penakut dengan binatang. Sis kasi ibu jadi model kali ni. Hihihiih.

Majlis bercukur

Kangaroo Feeding. Kat sini kangaroo dia kena kurung. macam tak best je. Mybe kangaroo tu liar kot.

7) FLINDERS BLOWHOLE

cantik. itu jeee. layan scenery puas puas. rasa macam taknak balik campsite. serius aku suka scenery macam ni. scenery laut, pantai, air allahuakhbar tak sia sia aku datang sini. Tenang nyaman sejuk.



Favorite place ever. Dalam banyak banyak tempat sini sis paling sukaaaaaaaaaaaaaaaaa

tengok laaa backgroud diaa cantikkkk!!

yee! depan tu crew Bersamamu tv3. Tripadikberadik taja dua orang anak yatim ke Melbourne. Good job TAB!

8) GREAT OCEAN ROAD

ada dua cara kalau nak ke sini jalan darat & jalan air. Masa nak pergi kami naik ferry. Macam kat penang laa bawak masuk kereta sekali. kitaorang kan bawak caravan sumbat sekali laa. hihihi lepas park caravan silalah keluar naik atas tengok view lagi. Angin dia masyaallah kuat boleh terbang weyy sejuk gila lak tuu. gigih naik tingkat paling atas. bila lagi nak merasakan hahaha. 

HARGA $25 PER PERSON 

Atas ferry menuju ke great ocean road

"sesejuk nih sedap tidoo kakak"



Sepanjang jalan kat GOR ni korang boleh je singgah mana mana korang rasa lawa, nak bergambar. jalan raya dia menyusuri tepi pantai & rumah rumah mewah dekat lereng bukit. So sangat cantikk. kalau ikut tripadikberadik ni dia kasi bebas time ni, pergi la mana korang nak pergi. Insyaallah tak sesat ada gps. Sampai masa balik campsite. occceyyy.. 

and sebelum sis lupa kat sini ada Fish & Chip yang agak famous la jugak. korang pergi laa Appolo bay cari kedai Iluka. Recommend guys! sedappppppp dan Halal!


Tempat wajib bergambar kalau dah sampai GOR okay. kalau tak orang tak caye kau dah sampai sini. hiks!

Seterusnya kami singgah di Split Point Lighthouse terletak di Aireys Inlet bandar kecil di GOR nih.

Bergambar belakang tandas pun jadi weyy. sebab lawaaaaa!

Okay. ni pun belakang toilet. Jauh weyy toilet dia gigih berjalan dalam hutan panjat turun bukit. hahaah. Nampak lighthouse belakang tu laa pintu masuk. bayangkan laa kau jalan sejauh ni. silap silap balik kesana balik kau nak shishi lagi. dah la cuaca sejuk. hewhuwww!


on my way ke Toilet. Hahahaah

Kemudian kami lepak Lorne Pier, before balik campsite

Lorne Pier

9) GREAT OCEAN ROAD WILDLIFE PARK

Nindiaaaaa tempat yang paling aku tunggu sebab ada llama. hahahahaha. Sis mai sini taknak aim kangaroo ngan koala dah. sebab tahun lepas time pergi goldcoast sis dah dapat dua ekor tu. hihihi oh myy cantik gilaaaa llama tu comel je. gerammmmm kot. Sini pun macam kandang warrook tu cuma sini luas sikit. binatang pun banyak jugak. serigala pun ada.

HARGA TIKET 
ADULT $17 , CHILD $10


hahaha omeyy nyeee. dia pun pandai bergambar

Kenapa macam sama nih. eh? hahahah

kan sis dah cakap sis ni jenis penakut dengan semua binatang. hahaha tapi demi llma ni gigh jugak laa nak jadik bestfriend. hihihihihi

10) 12 APOSTLES , LORD ARD GORGE & LONDON BRIDGE



Dari jauh kau dah boleh nampak beberapa bahagian batu kapur daripada 12. Apostles ni batu kapur yang besar yang terbentuk dari hakiasan air laut haa kau dah macam kelas geografi. hiks! Tapi ada beberapa yang dah runtuh so tak sampai dua belas pun batu ni but still dorang panggil nama tempat tu 12 Apostles. Haaa korangg baik korang cepat cepat pergi Melbourne sebelum semua batu tu runtuh, hihihih

Lepas tu kami terus ke Loch Ard Gorge. Actually kat sini korang boleh turun ke pantai. tapi kami tak pergi pun sebab nak cepat tengok london bridge. hari dah nak gelapp. kalau gelap rugi laa tak nampak london bridge nuu. so amek gambar pun asal boleh je ni. hahahaha! jadik laa dari takde kannn!

London bridge in falling down.. falling down! Tengokkkk dah senjaaaa. selamat nampak lagi london bridge tuu.

Gigih lagi asal nampak. walaupun sebenarnya dah gelap. hahaha

Okay final. Before masing masing pulang ke campsite dengan senang hati. Hihiih.. Turun caravan tu berlari terus. takot tak nampak London Bridge tuu! alhamdulillah segalanya dipermudahkan :)


Okayy guyss sampai sini je percutian sis ke Melbourne. babaiiii jumpaaaa lagi!!!